Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 Subuh 5:41 Syuruk 6:59
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:59 | Zuhur 13:05 | Asar 16:21 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 4206
Broadcasting live on 5 February 2012

Majlis Selawat ke atas Rasulullah SAW Siri 11. Hayyun Fii Quluubina

[Event has ended]

Ya Rasulallah, pada tarikh 12 Rabiul Awwal ini, di satu sudut bumi Ilahi, di Masjid Sultan bumi bertuah Singapura ini, kami sepertimana ummah Mu di merata bumi pada tarikh karamah kelahiranmu ini, berkumpul merapatkan saf-saf kami, tunduk mensyukuri dengan laungan suara kemerduan Qasidah-Qasidah Burdah, Diba'i, dan pelbagai lagi yang ditinta qalamnya bait-bait murni oleh para pencinta Mu di kalangan para Ulama, Awliya dan Solehin yang telah kunjung pergi sebelum kami.

Dikau, Yaa Rasulallah, Hayyun Fii Quluubinaa...

Ya Rasulallah, pada tarikh 12 Rabiul Awwal ini, kami berkumpul dengan satu niat yang suci, bersolat hajat, menadah tangan berdoa kepada Allah Rabbul Izzati, supaya jiwa sanubari kami mekar sakinah dengan rasa keberuntungan menjadi saksi kemuliaan hari kelahiran Nabi kami, dirimu wahai Rasul yang kami cintai.

Dikau, Yaa Rasulallah, Hayyun Fii Quluubinaa...

Ya Rasulallah, pada tarikh 12 Rabiul Awwal ini, dengan diselang seli pelbagai Tazkirah menghayati Mukjizat Kelahiran Mu, Wahai Penghulu Segala Nabi, yang menceritakan Keperibadian Mu, Wahai Rasul kami, yang menjenguk dengan rindu detik pilu kewafatanMu, Wahai kekasih kami, niat dan harap kami cinta kepada MU, wahai Penyuluh Rahmat Bagi Kami, dapat menjadi nadi syiar Islam di dalam Majlis Selawat ke 11 ini.

Dikau, Yaa Rasulallah, Hayyun Fii Quluubinaa...

Acara ini akan disiarkan secara LIVE untuk rakan-rakan kami di luar negara Singapura dan yang tidak dapat hadir ke Masjid pada pagi itu.

Penonton boleh menonton acara ini di http://www.islamicevents.sg/live .

Details

Tarikh: 5hb Februari 2011 - 12 Ra'biul Awwal
Masa: 8 pagi hingga 12.30 tengahari

Location

Sultan Mosque

3 Muscat Street, Singapore 198833

Organisers

Masjid Sultan (Mosque), Planet Spiritual, Projekt Fusion , pelajar aswj, Masjid Khadijah (Mosque)
PERGAS

PERGAS is a Non-Governmental Organization (NGO) that envisions 'Religious Leadership that is Credibl...

IslamicEvents.SG

IslamicEvents.SG aims to be a one-stop community portal which is dedicated to providing detailed inf...

Speakers

Ustaz Noor Deros

He is a graduate of Madrasah Al-Aljunied Al-Islamiah, Singapore and had furthered his studies at Al-...

Comments



Our platforms