Makanan Sunnah dan Produk Kesihatan Alternatif: Apa yang harus diketahui?
syafaa, makanan sunnah, produk kesihatan alternatif
Fees: Free
Dalam forum terakhir untuk siri kali ini, SYAFAA akan menganjurkan sebuah forum bertajuk “Makanan Sunnah & Produk Kesihatan Alternatif: Apakah yang harus diketahui?” Forum ini akan membincangkan tentang penggunaan produk kesihatan alternatif dan apa yang patut kita perhatikan ketika membuat pilihan untuk makanan tambahan ini.
Dalam masyarakat kita, trend mengamalkan suplemen tambahan dalam diet seharian semakin meningkat dan berleluasa. Terdapat banyak permintaan oleh warga masyarakat di sini untuk mengambil suplemen tambahan bagi melegakan pelbagai simptom disebabkan oleh masalah kesihatan. Dengan tersebarnya maklumat tentang kebaikan pengambilan makanan tambahan ini dicorong-corong radio dan platform media sosial di internet, kini lebih banyak warga masyarakat kita yang memilih untuk mengambil suplemen ini disamping ubat-ubat doktor. Adakah pengambilan ubat secara bercampur ini selamat dan apakah antara kesan-kesan sampingan? Bagaimana boleh kita membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri?
Forum ini turut membicarakan tentang amalan pemakanan yang membawa kepada kebaikan untuk diri kita. Al-Quran dan Sunnah memberi panduan mengenai makanan yang bermanfaat kepada kesihatan kita dan kita sebagai umat Islam juga telah diamanahkan untuk menjaga tubuh dan kesihatan diri kita yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Melalui sesi perkongsian ini, diharapkan para masyarakat lebih akur tentang jenis-jenis makanan yang disunnahkan dan cara untuk meraih manfaat yang optimal dalam pemakanan seharian.
Untuk kali ini, para azatizah - Ustaz Abdul Aziz dan pakar kesihatan kita - Dr Elly Sabrina dan Cik Humairah Hameed akan mengupas dan membicarakan tentang isu ini. Setiausaha kanan Kementerian Kesihatan Encik Amrin Amin juga telah bersetuju untuk menjadi tetamu kehormat bagi acara ini.
Forum ini akan diadakan pada hari Sabtu, tanggal 13 Januari 2018, dari jam 1 petang hingga 5 petang di auditorium Health Promotion Board (HPB). Semua yang berminat diundang untuk sama-sama hadir dalam sesi forum ini. Untuk pendaftaran, sila hubungi kami di talian 85754751 atau lungsuri lelaman http://bit.ly/2ieBTNK
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi SYAFAA melalui emel di [email protected].
Details
Location:
Health Promotion Board, Level 7 Auditorium - 3 Second Hospital Ave
Date:
2018-01-13
http://www.mhpa.org.sg/index.php/our-activities/upcoming-events/65-makanan-sunnah-produk-alternatif-kesihatan-apa-yang-harus-diketahui
Location
Health Promotion Board
1 Hospital Drive, Singapore 169608Organisers
The Muslim Healthcare Professional Association was established on 18th October 2004 for the exchange...
Comments