Program Talaqqi Bedah Kitab 'Al-Wasithah Bainal Haqqi wal Khalqi'
Fees: $70 setiap 4 sesi
Program:
Program Talaqqi Bedah Kitab ‘Al-Wasithah Bainal Haqqi wal Khalqi' karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah Al-Harrani
Sinopsis Program:
“AL-WASITHAH BAINAL HAQQI WAL KHALQI” merupakan risalah agung karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah Al-Harrani yang wajar ditulis dengan tinta emas kerana beliau rahimahuallah mengupas bab tawassul, tabarruk dan syafaat melalui neraca keadilan berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Beliau menjelaskan bahawa semua para anbiya' Allah mendukung manhaj dakwah yang sama, yakni tauhid dan menyenaraikan beberapa jenis wasithah yang tertolak dalam agama.
Syeikhul Islam juga menjelaskan perbezaan antara syafaat yang sahih dan bathil serta menekankan bahawa Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam telah menerapkan ajaran tauhid kepada umatnya melalui kalimah Laa ilaha illallah.
Program ini adalah pengajian aqidah yang sangat penting kerana kelemahan kaum muslimin pada zaman ini adalah lantaran lemahnya aqidah, yg selanjutnya menyebabkan cinta dunia dan takut mati.
Details
Hari/Tempoh: Setiap Selasa 1.8.17 – 19.9.17 (8 sesi)
Waktu: 7.45mlm – 9.45mlm
Program: Program Talaqqi Bedah Kitab ‘Al-Wasithah Bainal Haqqi wal Khalqi' karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah Al-Harrani
Yuran: $70.00 setiap 4 sesi
Tempat: Kembangan Suites, #01-02 | 16 Jln Masjid, Singapura 418941
Tenaga Pengajar: Ustaz Mahfuz Al-Hafiz Bin Abdul Rahman Mohamed As-Shobuniiy (BA Syariah | Universiti Islam Madinah)
Tarikh Program:
Ogos '17 (1, 8, 15, 22 & 29) | Sep' 17 (5, 12 & 19)
Terbuka utk Muslimin & Muslimah.
Rujukan: Kitab Terjemahan berjudul "Kesalahan Dalam Memahami Wasitah''
Untuk pendaftaran, sila hubungi Abu Uwais +65 9859 4303.
Jazaakumullah kheiran. Wassalaamu 'alaikum warahmatuallahi wabarakatuh.
Comments