Rasulullah S.A.W: Siang Tersenyum, Malam Menangis
Daripada Abdullah al-Syikhkhir beliau berkata: “Aku mendatangi Rasulullah s.a.w. sedang baginda mendirikan solat, dan pada ketika itu terdengar tangisan beliau yang berbunyi seperti air yang menggelegak” (HR al-Tirmizi)
Hadith di atas menunjukkan sifat Rasulullah s.a.w. yang banyak menangis ketika mana sedang solat dan beribadah. Tetapi apakah dilarang bagi umat Islam untuk tersenyum dan ketawa?
Daripada Abdullah bin al-Harith beliau berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (HR al-Tirmizi)
Hadith di atas dengan jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. sendiri banyak tersenyum dan umat Islam sudah jelas tahu tentang kedudukan senyuman sebagai satu sedekah yang diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t.
Syarahan pada kali ini mengajak kita untuk menelusuri keperibadian Rasulullah dari sudut cara baginda menjalani kehidupan sehariannya dan menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t. dan juga sesama insan.
Details
Hari Sabtu. 07 Februari 2015. Selepas Solat Isyak. Dewan Solat Utama Masjid En-Naeem. Tiada pendaftaran diperlukan. Terbuka pada umum.
Location
En Naeem Mosque
120 Tampines Road, Singapore 535136Organisers
Speakers
Ustaz Muhammad Zahid Muhd Zain received his primary education in Madrasah Aljunied Al-Islamiyah up t...
Comments