Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
16 Nov 2024 - 14 JamadulAwal 1446 Ishak 20:05 Subuh 5:27
- 16 Nov 2024 - 14 JamadulAwal 1446 | Subuh 5:27 | Syuruk 6:48 | Zuhur 12:51 | Asar 16:14 | Maghrib 18:52 | Ishak 20:05
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3155

Forumathon 'Menghayati Kepentingan Ilmu & Akhlak'

[Event has ended]
Sat, 5 January 2013, 8:30 a.m - 10.30 p.m | Malay
Ustaz Dr Firdaus Yahya Al-Hafiz, Ustaz Hafiizh Rapiee, Ustaz Umar Muhammad Noor, Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied, Ustaz Ridhwan Mohd Basor, Ustaz Tarmizi Wahid, Ustaz Taufiq Radja Nurul Bahri, Ustaz Muhammad Fizar Zainal, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Ustaz Saifuddin Amin, Dr Muhammad Hannan Hassan, Mohamed Khair Mohamed Noor, Ustaz Hidayat Radja Nurul Bahri

forum

Fees: Pendaftaran Percuma

Hari Penghayatan Islam

Forumathon 'Menghayati Kepentingan Ilmu & Akhlak'

Sabtu, 5 Januari 2013, di Auditorium Masjid Sultan

8.30 pagi - 10.30 malam

13 Ilmuan.. 4 Forum Perbincangan.. 1 Hari.. 1 Lokasi..


Ilmu dan Akhlak merupakan elemen utama yang membentuk keperibadian muslim yang hakiki. Kepentingan dua elemen ini telah diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dua elemen ini juga telah menjadikan para sahabat Rasulullah s.a.w, tabii'n dan tabi' tabi'n sebagai generasi terhebat yang membentuk ketamadunan cemerlang yang akhirnya dicontohi oleh masyarakat dunia.

Dalam memburu kecemerlangan, Masyarakat Islam Singapura perlu memahami konsep keilmuan dan moralitas yang sebenar agar dapat mengatasi permasalahan yang menghantui masyarakat kini iaitu gejala ketandusan ilmu dan keruntuhan moral. Gelaja ini mengakibatkan salah faham masyarakat tentang ilmu dan akhlak apabila mereka yang menuntut ilmu tidak mengamalkan akhlak yang terpuji manakala mereka yang mendalami akhlak tidak meletakkan kesungguhan dalam mendalami ilmu. Lebih menyedihkan lagi, gejala ini menghambat perkembangan positif remaja kita.

Hari Penghayatan Islam merupakan satu usaha untuk membawa masyarakat memahami akan peri pentingnya agama Islam dan komponen-komponennya untuk diamalkan dan dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita. Buat julung-julung kalinya Jabatan Dakwah Persatuan Muhammadiyah akan adakan konsep 'Forumathon' dimana akan berlangsung 4 forum perbincangan dalam satu hari di Auditorium Masjid Sultan dengan tema 'Menghayati kepentingan Ilmu dan Akhlak'. Para Ahli panel yang diundangan merupakan agamawan dan ahli akademik yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam Singapura dan secara jujurnya prihatin tentang perkembangan masyarakat Islam di sini.

Persatuan Muhammadiyah ingin menjemput anda semua ke acara ini agar dapat menjalinkan silaturrahmi dan mendapat kemanfaatan ilmu bersama. Semoga Allah memberkati usaha kita dalam memartabatkan Islam dengan Ilmu da Akhlak.



Pendaftaran adalah PERCUMA!

Cara pendaftaran:

Pilih forum perbincangan yang anda ingin sertai.

Seterusnya..

Hantarkan pendaftaran melalui SMS (8480 3844) atau Email ([email protected]) menggunakan format ini:




Forum Pertama

'Empowering Youth With Knowledge & Morality' (English)

Ahli Panel:
Dr. Syed Muhd Khairudin Aljunied
Ustaz Muhammad Tirmidzi Abdul Wahid
Ustaz Taufiq Radja Nurul Bahri

Moderator:
Ustaz Muhammad Fizar Zainal

Masa:
9.00 a.m - 12.00 p.m

Kod Pendaftaran:
Forum1


Forum Kedua

'Meraih Ketenangan Jiwa Dengan Akhlak Mulia'

Ahli Panel:
Dr. Firdaus Yahya
Ustaz Saifuddin Amin

Moderator:
Ustaz Hidayat Radja Nurul Bahri

Masa:
2.00 p.m - 4.00 p.m

Kod Pendaftaran:
Forum2


Forum Ketiga

'Islam, Keilmuan dan Profesionalisme'

Ahli Panel:
Ustaz Mohd Kamal Mokhtar
Ustaz Umar Muhammad Noor

Moderator:
Ustaz Mohd Hafizh Rapiee

Masa:
5.00 p.m - 7.00 p.m

Kod Pendaftaran:
Forum3


Forum Keempat

'Menghadapi Krisis Ketandusan Ilmu dan Keruntuhan Moral'

Ahli Panel:
Dr. Muhammad Hannan Hassan
Dr. Syed Muhd Khairudin Aljunied
En. Mohamed Khair Mohamed Noor

Moderator:
Ustaz Ridhwan Mohd Basor

Masa:
8.00 p.m - 10.30 p.m

Kod Pendaftaran:
Forum4

Location

Sultan Mosque, Auditorium

3 Muscat Street, Singapore 198833

Organisers

Muhammadiyah Association

Muhammadiyah is a non-profit Islamic Organization that practice the teaching of Islam based on the H...

Speakers

Ustaz Dr Firdaus Yahya Al-Hafiz, Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied, Ustaz Muhammad Fizar Zainal, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Ustaz Saifuddin Amin, Dr Muhammad Hannan Hassan, Ustaz Hidayat Radja Nurul Bahri
Ustaz Hafiizh Rapiee

Ustaz Muhammad Hafiizh Rapiee holds Bachelor Degree in Hadith and Islamic Knowledge from the Islamic...

Ustaz Umar Muhammad Noor

Master Fakulti Ushuluddin Universiti Omm Durman Sudan Jurusan As-Sunnah wa 'Ulumil Hadith ...

Ustaz Ridhwan Mohd Basor

Ridhwan Mohd Basor received his early education at Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah where the current ...

Ustaz Tarmizi Wahid

Upon completing his pre-university studies at Madrasah Aljunied Al-Islamiah, he took a Diploma in Is...

Ustaz Taufiq Radja Nurul Bahri

A recent graduate from Al-Azhar University in Cairo in the field of Islamic Law and Jurisprudence, h...

Mohamed Khair Mohamed Noor

M.A. (HRD), GDipBA, B. A. (NUS), AMSIM Executive Chairman, SuChi Success Initiatives Pte Ltd Moh...

Comments



Our platforms