Majlis Selawat ke atas Rasulullah S.A.W Siri 13 - Wasiat Sang Kekasih
http://www.islamicevents.sg/live
majlis selawat ke atas rasulullah
Fees: FREE
Wahai Anakku...
Anak merupakan nikmat pemberian Ilahi atas perkongsian suci sesama suami dan isteri. Seorang anak dibelai, dijaga dan diasuh dengan penuh harapan ayah dan ibu. Walaupun ayah dan ibu tidak mungkin mengharap balasan, namun kejayaan anak menjadi penerusan pemberian rahmat dari Ilahi yang diyakini dan disyukuri ayah dan ibu.
Namun realitinya kini, Anak kekadang terbuai hanyut dengan kesan fatamorgana sikap dunia yang rakus dan keji. Sehinggakan nikmat yang disyukuri ayah dan ibu ketika ia dilahirkan dengan dendangan tangisan suci, berubah di kala dewasanya menjadi manusia yang lupa diri, gelap berisi dosa, angkuh lari jauh dari pangkuan kasih sayang ayah dan ibu.
Majlis Selawat ke 13 ini menjemput semua bermuhasabah kembali peran kita sebagai anak kepada ayah dan ibu yang wajib kita syukuri. Apakah erti keperitan ibu melahirkan, azan dan iqamah ayah membisikkan, aqiqah dan korban yang diniatkan? Apakah panduan al-Quran untuk menjadi anak soleh yang dirindui? Apakah pula sifat yang perlu dihidupkan sang anak pabila berinteraksi bersama ayah dan ibu? Apakah kita menjadi anak yang merindui dan dirindui ataupun membenci dan dibenci? Apakah kita tergolong di dalam tingkatan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan ayah dan ibunya setelah mereka pulang kerahmatullah?
Hadirkanlah akal, hati, dan perasaanmu, Wahai Anakku...
Details
Tempat: Masjid Sultan ( Dewan Solat )
Tarikh: Ahad, 29 April 2012 ( 8 Jamadilakhir 1433H)
Masa: 8 pagi - 12.30 tengahari
Solat Hajat Beramai-ramai untuk Anak
Yang soleh pada jam 8 pagi.
Jamuan Nasi Bukhari akan disediakan
untuk Jemaah pada Majlis kali ini.
Semua Muslimin & Muslimat dipersilakan
Hadir Turut Mengundang Para Asatizah
& Semua Pencinta Rasulullah
Acara ini akan disiarkan secara LIVE di http://www.islamicevents.sg/
Location
Sultan Mosque
3 Muscat Street, Singapore 198833Organisers
Persatuan Pembangunan Insan & Akhlak MHDS is short form for Moral and Human Development Society. ...
Singapore's own Blue Mosque situated at the corner of Victoria Street and Jalan Sultan reaching out...
IslamicEvents.SG aims to be a one-stop community portal which is dedicated to providing detailed inf...
Speakers
Born in 1975 in Singapore, Ustadh Leyaket Ali studied through the primary and secondary school syste...
He is a graduate of Madrasah Al-Aljunied Al-Islamiah, Singapore and had furthered his studies at Al-...
Comments