Close
Menu
LoginRegister Submit Information
14 Nov 2018 - 6 RabiulAwwal 1440 Ishak 20:04 Subuh 5:27
14 Nov 2018 - 6 RabiulAwwal 1440 | Subuh 5:27 | Syuruk 6:48 | Zuhur 12:51 | Asar 16:13 | Maghrib 18:52 | Ishak 20:04
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Followers: 1
Follow Updates
Profile

Ustaz Zulkilfee Bachik

http://attartil.com/about-us/about-the-founder-and-director/

PENGASAS & PENGARAH ATTARTIL CS USTAZ ZULKIFLEE BIN BACHIK

Ustaz Zulkiflee Bin Bachik berkelulusan Sarjana Muda Syariah Universiti Islam Negeri Sumatera Utara telah meraih graduan terbaik dalam kohortnya. Beliau ialah pemegang ijazah sanad Al-Quran dan tajweed dari Ma’had IQRO Mesir. Pada masa yang sama, beliau berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik di dalam Syahadah Bahasa Arab di Kolej Islam Sultan Ismail Petra Nilam Puri. Beliau juga mempunyai syahadah Bahasa AlQuran Intensive Program Bayyinah Institute US Dallas. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Ustaz mempunyai pengalaman sebagai kaunselor Penasihat Agama di SANA untuk para tahanan penjara dan juga merupakan salah seorang Imam di Masjid Darul Makmur di Yishun dari tahun 2000. Beliau bermula sebagai guru Al-Quran sepenuh masa melalui bahasa perantaraan Inggeris dan Bahasa Melayu di beberapa masjid. Azam beliau ialah membimbing mereka yang buta huruf Al-Quran sehingga dapat menjadi guru Al-Quran. Alhamdullilah, kini ramai pelajar beliau berjaya mendapat pengiktirafan guru Al-Quran MUIS – QTRS dan diiktiraf sebagai guru QIRAATI. Beliau mengasaskan AtTartil CS kerana beliau inginkan setiap Muslim dapat membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

Ia mengambil kira-kira 20 tahun secara bertahap-tahap untuk beliau memulakan perjalanannya dan pembelajaran mencari ilmu Al-Quran. Dengan rahmat Allah S.W.T, beliau cemerlang dalam kursus asas tajweed yang telah dijalankan oleh Jamiyah pada tahun 1982. Beliau kemudiannya menjadi pelajar terbaik dalam kursus Imam Khatib yang dijalankan oleh MUIS untuk 3 tiga modul berturut-turut.

Kemudian, pada pertengahan tahun 1990’an, beliau telah diiktiraf sebagai guru Qiraati oleh Raudhatul Mujawideen Institut pengasas kaedah Qiraati di Kajang Selangor. Sebagai peserta kursus terbaik Imam Khatib anjuran MUIS, beliau dilantik menjadi imam di beberapa masjid serta berkesempatan menjadi Imam terawih dan berpasangan dengan guru pakar-pakar Al-Quran: imam undangan dari Kelantan. Beliau telah diajak oleh teman yang merupakan pensyarah-pensyarah dari Kelantan untuk mempertingkatkan ilmu dibumi serambi Mekah itu. Di antara pencapaiannya selama beberapa tahun ialah beliau telah meraih sebagai pelajar terbaik dalam program syahadah pengajian bahasa arab intensif di Kolej Islam Sultan Ismail Petra KIAS.
Pada tahun 1999, beliau telah berjaya diterima sebagai salah satu pelajar perintis di MKS Institut Tahfiz Singapura. Kemudian, beliau menyelesaikan 8 juz Al Quran penghafalan dengan pengesahan syahadah walaupun pada masa itu beliau masih bekerja di sektor swasta.?Selain daripada mencapai Sijil Islam (UTM) dan Diploma Pengajian Islam dalam Syariah (Kolej Uniti M’sia), beliau juga secara peribadi bertemu dan menerima ‘Barakah’ dari dua imam Masjidil Haram iaitu Sheikh Sudais dan Sheikh Shuraim, semasa lawatan kerap ke Mekah.

Ustaz Zulkiflee juga pernah berkesempatan talaqqi musyafaha di Kelantan M’sia dirumah tuan guru yang masyhur, Al Fadhil Ustaz Nik Jaafar bin Nik Aziz, seorang hakim veteran Musabaqah peringkat Antarabangsa. Beliau juga mewakili KIM Kolej Islam Muhammadiyah ketika menjadi pelajar pengajian Diploma Bahasa Arab sepenuh masa, sebagai wakil Qari Singapura di Negara Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Shariff. Ia adalah satu acara persaingan antara institusi tinggi Islam ASEAN.

Beliau kemudian ke Kaherah, Mesir pada awal 2008 untuk melengkapkan bacaan 30 juz penuh dengan gurunya Sheikh Syed Ahmed Hassan Al Qombasyawi yang disahkan bacaan dengan bersanad hingga ke Nabi Muhammad saw dalam Qiraat Hafsin; serta menamatkan bacaan kitab ‘ghaayatul murid’ bersama guru-gurunya di Mesir.

Beliau kini berkongsi ilmunya dengan pelajar-pelajar dengan harapan bahawa mereka bercita-cita menjadi guru Al-Quran walaupun kalangan mereka tidak melalui pendidikan formal madrasah. Semenjak beberapa tahun ini, beliau telah berjaya dengan izin Allah S.W.T membimbing sehingga 5000 peserta program ‘Fahami Bacaan Dalam Solat’ bermodular di dalam dan luar negeri melalui sistem bahasa arab mudah faham selepas membuat kajian dan muzakarah dengan beberapa pakar bahasa luar negara. Kini, Ustaz Zulkiflee adalah salah seorang asatizah yang diiktiraf dalam senarai ARS – MUIS.

Other Speakers to Follow

Our platforms