Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 Syuruk 6:58 Zuhur 13:04
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:18
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1290

Talaqqi Musyafahah Qira'at (Muslimah)

[Event has ended]
Wed, 6 December 2023, 9:00 AM - 10:00 PM | Malay_English

Fees: $25 (30 mins)

PROGRAM TALAQQI MUSYAFAHAH (UNTUK MUSLIMAH)


PENGAMBILAN IJAZAH & SANAD AL-QUR'AN BERSAMBUNG KEPADA RASULULLAH ﷺ



Dari sudut bahasa, kalimah “Talaqqi” bermaksud pertemuan manakala “Musyafahah” adalah daripada mulut ke mulut.



Secara istilah, Talaqqi Musyafahah bermaksud mempelajari Al-Quran melalui pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid mengambil bacaan Al-Qur'an dari gurunya dengan melihat kepada pergerakan bibir guru dan mengikut bacaannya dan guru mendengar bacaan muridnya dan membetulkan kesalahan-kesalahan mereka.



Dengan kata lain, istilah yang digunakan pada masa kini iaitu mempelajari Al-Qur'an secara face to face bersama seorang guru yang mahir.



Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Qur'an yang bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika mengambil bacaan Al-Qur'an daripada malaikat Jibril a.s.

Details



SYARAT KEMASUKAN



Peserta boleh membaca Qur'an dengan lancar, bertajwid dan lulus ujian saringan.

Peserta boleh memilih untuk membaca Riwayah secara Ifrad ataupun Jama' (Hafs & Syu'bah) bersesuaian dengan kemampuan perserta dan juga penilaian guru.




PEMBIMBING


Ustazah Sulizah Salleh (ARS-Certified), pemegang Ijazah & Sanad Al-Qur'an 10 Qira'at Sughro




YURAN


$25 (30 mins)

$50 (pendaftaran dan juga termasuk kos sijil)




SIJIL KHATAM & IJAZAH AL-QUR'AN


Setiap peserta yang menghabiskan bacaan 30 Juz' akan menerima sijil khatam Al-Qur'an.

Ijazah dan Sanad Al-Qur'an beserta Syajarah akan dianugerahkan hanya kepada peserta yang layak.




DAFTAR


Sila isikan borang pendaftaran dengan menekan link ini: https://tinyurl.com/TMQ-SS




Sila hubungi 94554824 untuk pertanyaan lanjut.



Comments



Our platforms