Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 Syuruk 7:09 Zuhur 13:14
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zuhur 13:14 | Asar 16:15 | Maghrib 19:17 | Ishak 20:25
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1001

Tertibkanlah Bacaanmu! - Kursus Bacaan Al-Quran Bersama Asas Tajwid

[Event has ended]
Wed, 4 November 2020, 8:00 PM - 9:30 PM | Malay_English
Al-Busyro Learning Development

Kursus, Bacaan, Al-Quran, Bersama, Asas, Tajwid

Fees: $45(Monthly Fees - Normal), $15(One time registration fees)

Al-Quran banyak memberikan manfaat kerana di dalamnya terdapat petunjuk hidup di dunia. Namun beberapa orang merasa malas membacanya ataupun mengkajinya. Padahal keutamaan membaca Al-Quran itu luar biasa sekali! 

  • Seorang muslim yang membaca Al Quran akan dibalas oleh Allah SWT berupa satu kebaikan. Dan dari satu kebaikan tersebut akan dilipat ganda menjadi 10 kebaikan.
  • Kebaikan yang didapatkannya akan menghapus kesalahan yang telah dilakukan.
  • Mereka yang membacanya juga akan mendapatkan syafaat kelak di hari kiamat.

Syarat membaca Al-Quran tidak harus lancar dahulu untuk mendapatkan ganjaran pahala. Meskipun merangkak, kita tetap akan mendapat pahala sebanyak 2 pahala setiap kali kita menyebut satu huruf. Tapi kalau kita usaha dengan gigih, maka lebihlah ganjarannya untuk mereka yang usaha!

Yok, kita belajar membaca Al-Quran, kita betulkan lagi tajwid kita dengan berguru.


Bayangkan:

✨Anda dapat membaca Al-Quran dengan fasih dan tajwid yang betul

✨Anda pon dapat belajar cara mengajar ajar anak-anak kita, cucu kita untuk belajar ngaji juga tanpa perlu hantar mereka ke kelas ngaji

InsyaAllah anda akan pelajari:

Pengenalan Tajwid

Apa itu Tajwid?
Hukum membaca basmalah dan istiadzah
Cara membaca basmalah & istiadzah diantara dua surah

Makhraj Huruf

Pengertian makhraj huruf
Cara sebutan huruf menggunakan posisi lidah dan di mana keluarnya bunyi huruf-huruf tersebut

Sifat Huruf

Pengertian sifat huruf
Jumlah sifat huruf
Sifat huruf yang berlawan
Sifat huruf yang tak berlawan

Details

Kita akan menggunakan kitab Iqra 1-7 sehinggakan kesemua peserta dapat membaca ayat bersambung dengan lancar.

InsyaAllah, asatizah kami tidak akan terus maju ke pelajaran baru sehinggakan murid-muridnya semuanya lancar dan faham.

Bagi mereka yang tidak ada bukunya harap dapat beli bukunya dahulu.

Kelasnya akan diadakan secara online di Zoom dan peserta akan dikumpulkan dalam Whatsapp group supaya mudah  menerima arahan ataupun update setiap kali sebelum bermula kelas.

Tarikh mula: 28 October 2020
Setiap Rabu Malam
Waktu: 8-9.30pm
Feesnya: $45 sebulan dan ada $15 Registration Fees.










Organisers

Al-Busyro Learning Development

Comments



Our platforms