Kuliah Perdana Eksklusif Ramadan



Jom kita bersama raikan ramadan dengan ilmu & akhlak!
Kuliah Ramadan Eksklusif:
Isnin - Ramadanku Merubahkanku (Ust Md Hafiizh Rapiee)
membincangkan dari sudut bagaimana ramadan membentuk peribadi serta bagaimana dari sudut psikologi, dapat kita ubahkan sikap kita melalui ibadah ramadan.
Selasa- Ramadan Umat-Umat Terdahulu (Ust Dr Leyakat Ali)
Allah berfirman bahwa puasa diwajibkan keatas umat terdahulu juga, soalannya, siapakah umat-umat yang terdahulu itu? apakah puasa yang diwajibkan itu? adakah ia puasa ramadan? adakah umat-umat terdahulu juga menghormati bulan ramadan? kenapa sebelum kenabian Nabi SAW, Nabi sering ke gua hira ketika Ramadan? Bagaimana Puasa umat-umat terdahulu?
Rabu- Memantapkan Ekonomi Anda! Tips daripada Sunnah (Ust Md Kamal Md Moktar)
Bagaimana para sahabat yang miskin mampu menjadi kaya raya? apakah rahsia mereka? Bagaimana pula sahabat yang kaya raya mengawal kewangan dan juga bisnes mereka?
Khamis- Sehari Bersama Nabi & Tibb Nabawi (Perubatan Nabi) (Ust Md Syafiee Md Hassan)
Pernahkah anda terbayang, bagaimana seharian Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW? Bagaimana Ramadan-Ramadan yang telah Baginda lalui? Serta apakah anjuran perubatan oleh Nabi SAW?
Nantikan semua ini dalam kuliah khas Ramadan di FB Masjid Al-Amin.
Details
Lungsuri FB Masjid Al-Amin:
Masjid Al-Amin
atau like page kami: Masjid Al-Amin SG