Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
2 Nov 2024 - 30 RabiulAkhir 1446 Asar 16:10 Maghrib 18:51
- 2 Nov 2024 - 30 RabiulAkhir 1446 | Subuh 5:27 | Syuruk 6:47 | Zuhur 12:50 | Asar 16:10 | Maghrib 18:51 | Ishak 20:02
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1802

Bengkel Rahsia dan Kelebihan Ayat Kursi

[Event has ended]
Sun, 5 April 2020, 10:00 AM - 12:00 PM
Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03
Al Fahmy Services, Al-Busyro Learning Development

Ayat Kursi, Jin, Penawar, Al-Quran, Tafsir, Makna Ayat, Amalan Nabi, Sunnah Nabi, Ganggung Jin

Fees: $28 (Early Bird), $35 (Normal)

"Baca ayat kursi kalau rasa kena ganggu, insyaAllah ok lepastu” .. “Baca ayat kursi kalau nak cepat sembuh, insyaAllah ok”

Pernah tak kita dengar nasihat sebegini? Lebih-lebih lagi dari mak-ayah kita, malah atok dan nenek juga sering kali amalkannya?

Tahu tak kita apa hikmah disebalik surah ini? Fadhilatnya dalam menolong kita dalam keadaan ketakutan atau dalam keadaan kita sakit dan tenat?

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi' ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran'.

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi' kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI', bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat'. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Dalam bengkel ini kita akan mempelajari:

1. Makna dan Hikmah yang terkandung dalam surah ini
2. Fadhilat surah ini
3. Fahamkan kehebatan ayat kursi ke atas makhluk Jin
4. Kesucian dan Kebesaran Allah s.w.t yang diterangkan dalam surah ini

InsyaAllah, jika kita fahamkan makna dan hikmah surah ini, kita akan lebih yakin, bersemangat dan terkesan bila kita amalkan surah ini setiap hari.

Details

Berikut adalah butiran bagi kelas ini:

Pensyarah: Ustaz Syed Nasir Alsagoff dari Al Fahmi Services
Tempat: Di Tristar Complex #02-03 Room 7 (Berhadapan Wisma Geylang Atas Al Azhar Restaurant)
Waktu: 10 -12 Tgh
Tarikh: Ahad, 5 April 2020
Fees: $35 (Harga Biasa), $28(Early Bird Fees), $25 (Untuk mereka yang bawa 2 orang)

Whatsapp atau Call Puan Hidayah di Talian 85107563 unutk lebih matlumat.

Location

Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03

Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03 (Bilik 7)

Organisers

Al Fahmy Services, Al-Busyro Learning Development

Comments



Sponsor this Project

IslamicEvents.SG Development Sponsorship
Current
SGD 100,136.00
SGD 500000
Target (31 Dec 2025)
Contribute Now »

Related Events

Our platforms