Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
2 Nov 2024 - 30 RabiulAkhir 1446 Zuhur 12:50 Asar 16:10
- 2 Nov 2024 - 30 RabiulAkhir 1446 | Subuh 5:27 | Syuruk 6:47 | Zuhur 12:50 | Asar 16:10 | Maghrib 18:51 | Ishak 20:02
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2579

HURAIAN HADITH 40 (menggunakan Kitab Imam Nawawi)

[Event has ended]
Sat, 5 October 2019, 3:00 PM - 5:00 PM | Malay
Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03
Al Fahmi Services

hadith, kupasan, huraian

Fees: $30 seorang (Jika berdaftar 4 pelajar $20 seorang) Bulanan : $50 sebulan

HADIS 40 IMAM NAWAWI

Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan membincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Apa itu hadith?
 
Pengertian bahasa
  •  baharu atau khabar atau berita
Pengertian umum
  • Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW.
Pengertian Istilah
  • Setiap ucapan (قول),
  • perbuatan ((فعل),
  • pengakuan (تقرير)
  • dan sifat-sifat + yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
Pengertian Hadith Menurut Istilah
Dari segi istilah para muhaddithin telah mengemukakan pelbagai pendapat mengenainya namun tiada percanggahan antara satu sama lain kecuali jika ada sesuatu sebab yang khusus mengenainya. Antaranya;
(a). Hadith ialah segala apa sahaja yang dinisbahkan pada Nabi Muhammad saw dari segi perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat samada fizikal atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul.
(b). Hadith juga ialah segala apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw atau sahabat atau tabiin termasuk juga apa yang dinamakan hadith marfu', mauquf dan maqtu'.

Untuk kelas Huraian Hadith 40 yang akan diadakan nanti merupakan huraian dan kupasan serta perbincangan berdasarkan hadith-hadith tersebut. Ustaz berkemahiran dalam bidang tafsir dan topik huraian hadith ini merupakan salah satu cabang untuk sama-sama berkongsi ilmu bersama pelajar yang ingin mengetahui lebih mendalam berkaitan huraian tersebut. 


Details

Maklumat berkaitan kelas:

Bermula 5 Oktober 2019 | Setiap Sabtu | 3 PM -5 PM

Pendaftaran pelajar baru : $30 seorang (Jika berdaftar 4 pelajar $20 seorang)

Bulanan : $50 sebulan

Hubungi : 69097311 / 8157 8385 

Bertempat : 970 Geylang road, tristar Complex, #02-03 Room 7


Terma dan Syarat
  1. Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
  2. Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
  3. Lokasi - 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Alwadi restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat.

Location

Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03

Tristar Complex, 970 Geylang Road #02-03 (Bilik 7)

Organisers

Al Fahmi Services

Comments



Our platforms