Isu-Isu Wasiat, Faraidh Dan Harta Pusaka Di Singapura
wasiat, harta pusaka, faraidh, will
Fees: $20 each | $30 couple
Adakah kemaslahatan dan kebajikan keluarga anda terjamin setelah pemergian anda nanti?
Ramai yang tidak sedar bahawa perancangan harta pusaka adalah tanggungjawab kita terhadap keluarga. Ramai juga yang tidak mahu berbincang tentang topik ini kerana kena-mengenanya dengan topik mati. Sebilangan besar masyarakat kita gagal untuk sedari bahawa perancangan harta pusaka dapat mengelakkan sebarang konflik pada ahli keluarga dalam membahagikan harta setelah pemergian individu itu.
Pengetahuan tentang wasiat dan perancangan harta pusaka adalah satu ilmu yang harus dikuasai oleh semua warga Islam di Singapura ketika masih hidup. Apabila seorang warga Islam meninggal dunia, undang-undang Shari'ah akan dikuatkuasakan ke atas harta pusaka si mati. Seminar ini bertujuan untuk membincangkan topik wasiat, faraidh dan harta pusaka secara mendalam.
Topik #1: Isu-Isu Harta Pusaka di Singapura
Topik #2: Implikasi Fatwa Muis, Baitul Mal, Nuzriah dan Hibah Ruqba
Topik #3: Kepentingan menulis wasiat dan contoh-contoh kes mahkamah yang bersangkut-paut dengan harta pusaka orang Islam
Topik #4: Proses pembahagian harta setelah pemergian seorang warga Islam di Singapura
Penceramah-penceramah
- Encik Suhaimi Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Barakah Capital Planners
- Abdul Rohim Sarip, Peguam, A Rohim Noor Lila & Partners
- Ustaz Izal Mustafa Kamar, Penolong Pengarah, Pejabat Mufti, MUIS
Jamuan ringan dan bahan seminar akan disediakan.
Seminar akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu.
Details
Bertempat :
Muis Auditorium
Tarkh :
2018-04-08
Masa :
9am - 2pm
Penganjur :
Barakah Capital Planners
Penceramah :
Mr Suhaimi Salleh, Abdul Rohim Sarip, Ustaz Izal Mustafa Kamar
$20 seorang, $30 sepasang. Dapatkan Tiket Anda Segera!
http://barakahcapital.com.sg/events/isu-isu-wasiat-faraidh-dan-harta-pusaka-di-singapura/
Location
MUIS Auditorium
MUIS Auditorium, Singapore Islamic Hub 273 Braddell Road Singapore 579702Organisers
Barakah Capital Planners Pte Ltd (BCP) was incorporated in 2004 with the objective of: - Creating ...
Comments