Fiqh Musafir
Kursus sesuai buat mereka yang ingin bermusafir (dan juga tidak bermusafir) untuk mengetahui hukum ahkam solat, puasa, halal dan haram ketika di luar negara.
Apakah keringanan-keringanan yang diberikan kepada musafir oleh agama?
Sejauh mana dan bagaimana dilakukan solat jamak dan qasar?
Bagaimana pula berpuasa di negara yang waktu siang terlalu panjang?
Apakah cara-cara untuk memastikan kita menjaga pemakanan yang halal?
Dan lain-lain lagi.
Selain hukum ahkam musafir, ia juga ada menerangkan hukum ahkam berkaitan dengan mereka-mereka yang tidak bermusafir atas sebab kaitannya yang rapat dan ia menunjukkan bahawa ilmu dalam agama Islam sangat luas.
Dengan mengetahui apa yang akan dikongsikan dalam kursus ini, para peserta diharapkan bukan sahaja mendapat pemahaman yang lebih mendalam, juga menghargai dan menghayati Syariah itu sendiri.
Details
Setiap Isnin
12 Feb hingga 5 Mac 2018 (4 sesi)
7.30 malam hingga 9.30 malam
(2 jam x 4 sesi= 8 jam)
Bahasa pengantar: Melayu
Untuk dewasa (dan dibuka juga untuk remaja dan belia yang berminat)
Pendaftaran boleh dilakukan di:
https://tinyurl.com/fmansar2018
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di talian 64492420 atau menerusi SMS/WhatsApp 93274780.
Comments