Syarahan Bulanan: Alhamdulillah, puji atau syukur kerana Allah swt?
Assalamualaikum,
Pernah tak mengalami perbualan seperti berikut:
"Assalamualaikum Ali! Sihat?"
"Sihat Abu...Alhamdulillah"
Ataupun yang ini..
"Macamana dengan keputusan peperiksaan awak?"
"Semuanya lulus, Alhamdulillah.."
Seringkali kita ucapkan Alhamdullilah, adakah itu untuk ucap kata tanda syukur ataupun memuji kebesaran Allah?
Ianya nampak seperti remeh, tetapi jika kita memahami apa yang kita sendiri ucapkan, mungkin ucapan itu akan bertambah lagi nilainya, dan moga setiap doa-doa yang diucapkan akan diterima olehNya, InsyaAllah ameen.
Jom ikuti syarahan bulanan kami pada 25 Nov ini, di mana Al-Fadhil Ustaz Syakir Pasuni akan mengupas tentang perbezaan puji & syukur kepada Allah swt dan juga bagaimana mengaplikasikan konsep syukur dalam Islam sepertimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat beliau dan para solihin.
Details
Bertempat :
Assyafaah Mosque
Tarikh :
2017-11-25
Comments