Seminar Faraidh dan Pengurusan Harta di Singapura
Fees: $35
Berdasarkan sura' An-Nisa ayat 11 hingga 12, pembahagian harta pusaka itu pada dasarnya adalah menurut faraidh. Namun, ramai di kalangan Muslim yang masih keliru dan kurang jelas akan pembahagian faraidh dan penulisan wasiat sedangkan terdapat hadith Nabi S.A.W yang menyebutkan bahawa seorang Muslim tidak seharusnya tidur malam tanpa menulis wasiat.
"Tidak baik bagi seorang Muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya. (shahih Muslim)"
Isu ini timbul disebabkan pengumpulan aset yang semakin bersifat kompleks pada masa kini. Diperhatikan semakin ramai yang ada aset di luar negara, mengumpul aset melalui perniagaan sendiri, menabung dalam amanah saham dan produk insurans, dana CPF dan juga isu hartanah hak-milik bersama seperti HDB.
Seminar ini akan mengupas isu-isu semasa seputar faraidh dan penulisan wasiat, dan juga membezakan antara kededuanya. Ia juga bertujuan menyedarkan para peserta akan kepentingan untuk merancang pembahagian harta menerusi penulisan wasiat dan pengunaan wadah-wadah yang bersesuaian, selain daripada hanya menyerahkan kepada faraidh sebulatnya.
Seminar ini harus dihadiri setiap individu Muslim termasuk usahawan dan pemilik bisnes dalan membuat penggantian atau peralihan bisnes
Details
2 ptg hingga 2.30 ptg
Pendaftaran
2.30 ptg hingga 3.15 ptg
“Pengurusan Harta Pusaka Di Singapura”
oleh En. Fadoli Raman, FAPL
3.15 ptg hingga 4 ptg
“Undang-undang Merangkumi Harta Pusaka“
oleh En. Abdul Rahman, ARLC Group
4 ptg hingga 4.30 ptg
Rehat & Asar
4.30 ptg hingga 5.15 ptg
“Faraidh & Wasiat“
oleh Ust. Haron Masagoes Hassan, FAPL
5.15 ptg hingga 6 ptg
Sesi Soal-Jawab & Penutup
Website:
http://us8.campaign-archive1.com/?e=&u=1007a4b2bc096763b8aef418c&id=598f6b7f16
Comments