Siri Al-Quran & Sains (1 & 2)
CERAMAH Al-Quran & Sains (Siri-1) ini akan membongkar hikmah penyembelihan secara tradisional dan moden. Siri ini mengajak kita mengikuti kajian yang dibuat oleh saintis. Kaedah mematikan haiwan dengan cara penyembilhan / mesin automatik/elektirk / tembak / bius dan sebagainya.
Kehebatan teknologi silih berganti. Adakah kaedah teknologi yang canggih ini dapat menggantikan penyembelihan cara tradicional yang diamalkan boleh umat Islam?
Dapatkan jawapannya melalui ceramah ini.
Rasulullah ﷺ bersabda:
Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, kerana itu, kika kami membunuh, perbaikkanlah caara membunuhnya. Apabila kamu penyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya seria tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya.
CERAMAH Al-Quran & Sains (Siri-2) akan membincang tenting astronomi, iati makhluk-makhluk yang ada di languit seperti bulan, bintang, matahari, galaksi dan planet. Yang manakah penciptaan Allah yang lebih rumit? Manusia atau langit?
Seperti yang diungkapkan Allah salam Surah An-Nazi'aat, Ayat 27 yang bermaksud:
Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membinanya.
Surah Qaf, Ayat 6:
Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka bagaimana Kami membinanya serta Kami menghiasinya, dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?
Details
SIRI AL-QURAN & SAINS DI MASJID AL-KHAIR
Masjid Al-Khair akan mengadakan ceramic-ceramah Siri Al-Quran & Sains yang akan disampaikan oleh Ustaz Dr Firdaus Yahya Al-Hafiz pada hari Sabtu 19 & 26 Ogos di Oditorium Masjid Al-Khair.
Topik Ceramah Al-Quran & Sains (Siri-1):
Hikmah Penyembelihan Dalam Islam
Topik Ceramah Al-Quran & Sains (Siri-2)
Astronomi Menurut Al-Quran & Sains
Pembayaran bagi kedua-dua ceramah:
Dewasa – $35
Pelajar – $10
(termasuk pelajar politeknik dan universiti)
Anda boleh dafter online di http://bit.do/AQS2017 atau di kaunter masjid.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 6760 1139 pada waktu operasi kami atau hantarkan mesej anda di laman Faceboom/Instagram kami.
Comments