Adult Islamic Learning (ADIL) : Ramadan Eksklusif: Jalan Menuju Taubat
adil, adult islamic learning, iman, taubah, akidah, masjid kassim
Fees: $50 seorang ($45 bagi penyertaan 2 orang keatas)
Assalamualaikum wr wbr!
Berita baik untuk para Jemaah sekalian yang senantiasa menantikan program terkini di Masjid Kassim.
Masjid kassim insyaAllah akan menganjurkan sebuah lagi kursus terbaru ADIL sempena bulan Ramadan mulia yang bakal menjelang.
Kursus ini pula merupakan kursus ADIL ekskusif khas sepanjang bulan Ramadan, yang diberi nama, Jalan Menuju Taubat
Menerusi kursus ini, peserta akan mengenali kepentingan seseorang Hamba untuk kembali kepada Allah. Walau sekecil atau sebesar mana pun dosa itu, Allah itu tetap Maha Pengampun, dan Kasih Sayang, belas kasihan dan pengampunan Allah itu mengatasi dosa-dosa Hamba Nya.
Para peserta akan memberi penumpuan kepada penyelitian sifat manusia yang melakukan kesilapan, memperkenalkan akan konsep pergantungan kepada Allah dan kenali konsep dan maksud dosa.
Kursus ini juga akan memperkenalkan kepada para peserta aspek dan makna sebenar Taubat dan bagaimana seseorang boleh memulkan perjalanan kerohanian melalui jalan sebenar-benar menuju Taubat.
Kursus yang bermakna ini akan diadakan pada setiap hari sabtu sepanjang bulan ramadan ini, 4 kali sesi, bermula 27 Mei ini, dari jam 11 pagi hingga 2 petang.
Yuran kursus ini hanyalah $50 sahaja. Dan sebagai harga promosi , ianya berharga $45 bagi penyertaan 2 orang keatas, dan $40 bagi peserta yang mengikuti Bengkel FIQH Ramadan.
Kursus ini sangat sesuai bagi setiap umat Islam, terutama sekali mereka yang sedang mencari pengertian sebenar Taubat dan bimbingan menuju kearah keampunan Allah swt, lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia.
Jemaah yang berminat bolehlah daftarkan nama dan membuat penbayaran di pejabat Masjid Kassim, atau daftarkan nama anda di lelaman web www.tinyurl.com/kemaafan.
Kursus akan dilaksanakan di dalam bahasa Melayu dan akan dibimbing oleh yang berbahagia Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafiizh bin Rapi'ee.
Ayoh sama-sama kita ikuti kursus yang cukup menarik dan interaktif ini dan sebarkannya kepada keluarga, kenalan dan orang-orang yang tersayang. :)
Details
27 May 2017
3 petang - 7 malam
@ Wisma Indah
Comments