Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 Syuruk 7:06 Zuhur 13:11
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:06 | Zuhur 13:11 | Asar 16:15 | Maghrib 19:14 | Ishak 20:22
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3718

KURSUS KEFAHAMAN (asas)/ PENGENDALIAN & PENGURUSAN JENAZAH (2 hari:Sabtu dan Ahad)

[Event has ended]

Alhamdulillah,sudah bertahun-tahun(dari tahun 2012 hingga kini sebanyak 50 sesi) pasangan pengurus jenazah ini menganjurkan kursus urusan jenazah secara sendirian atau mengajar di bawah anjuran persatuan/pengajian Islam seperti SimplyIslam,Islamic Events, Darul Arqam Singapore dan juga di masjid Assyakirin, An-Nur dan masjid Hasanah (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Tujuan kami untuk berkongsi ilmu yang ada, (berpengalaman lebih 12 tahun) dalam bidang pengurusan jenazah dengan masyarakat Islam Singapura tentang segala selok-belok mengurus jenazah dari saat mengenal tanda-tanda kematian hingga akhirnya di kebumikan. Para peserta akan di ajar tentang sistem sebenar dalam konteks Singapura hari ini seperti apa yang perlu di buat dan apa yang perlu di elakkan.Cerita-cerita sebenar juga akan dikongsi tanpa membongkar 'aib' seseorang untuk membantu kefahaman para peserta sewaktu kelas berlangsung.

Kursus akan di bimbing melalui kaedah 'POWER-POINT' serta panduan NOTA secara interaktif. Segala pendapat dan penerangan berpandukan Hadith dan Sunnah. kursus fardhu kifayah ini juga akan membimbing anda cara-cara mandi, kafan, solat dan pengebumian jenazah. Peserta tidak akan di uji tentang bacaan-bacaan doa, ini bermaksud kebolehan membaca ayat-ayat Qurran bukan lah satu keperluan kerana anda akan di bimbing sepenuhnya.

Tempat amat terhad pada 60 peserta sahaja kerana kami percaya kursus sebegini lebih selesa di pelajari dengan jumlah yang sederhana. Sesuai untuk muslimin dan muslimah 13 tahun ke atas. Kelas teori akan di gandingkan semua tetapi akan di pisahkan sewaktu praktikal mandi jenazah (simulasi). Sijil penyertaan juga akan di beri. SESIAPA SAJA BERHAK BELAJAR KURSUS FARDHU KIFAYAH INI KERANA APABILA ADA KEMATIAN DI KALANGAN ORANG TERSAYANG, ANDA LAH YANG BERHAK MENGURUSNYA.

Details

19 August 2017
5 petang hingga 10 malam
@ Masjid Hasanah, Teban Gardens
---------------------------------------------------------

Daftar melalui talipon/sms atau whatsapp atau PM di FB (Amir Ali Idris Ali atau Pengurusan Jenazah NUR). Sila beri nama penuh anda apabila membuat pendaftaran.

Hubungi Abg. Amir: 97624321 untuk keterangan lanjut
YURAN PENYERTAAN: *$80.00 untuk dua hari termasuk nota, jamuan malam, sijil penyertaan. Cara-cara pendaftaran akan di maklumkan apabila yang berminat menghubungi talian di atas.

*Jika daftar 4 peserta dalam satu pendaftaran akan di kurangkan $5 seorang




DAFTAR LAH AWAL UNTUK ELAK KEKECEWAAN.....

Location

Hasanah Mosque

492 Teban Gardens Road, Singapore 608878

Organisers

Pengurusan Jenazah NUR

Pengurusan Jenazah NUR telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh pengurus jenazah Haji Amir bersama ist...

Speakers

Md Amir Ali, Raiha

Comments



Our platforms