Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 Asar 16:22 Maghrib 19:08
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:18
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2701

Sijil Pengajian Aqidah Islamiah (SPA)

[Event has ended]
Sun, 8 January 2017, AHAD, 12.00 - 2.15PM | Malay
PKMS Building
Asatizah bertauliah

aqidah, tauhid, iman, islam

Fees: Pendaftaran: $50. Nota: $30. Bulanan: $80/sebulan

Sinopsis Program:
Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam pada akhir zaman ini menuntut daripada kita agar membenteng diri dengan Aqidah yang teguh, kalis-ideologi perusak, anti-pengganasan.

Pengajian selama 1 tahun ini (10 modul) memberi pendedahan kepada peserta tentang asas-asas Aqidah Islam berlandaskan Manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah berkaitan dua Syahadah dan cabang-cabang utamanya. Di samping itu peserta juga didedahkan kepada Tasawwur (gambaran/konsep) Islam yg jelas dan Maqasid (tujuan2) Syari'ah yang akan meluruskan fahamannya dan menolak fahaman pelampauan dan kesyirikan dalam perlaksanaan agama.

Peserta juga akan didedahkan kepada konsep as-Sunnah dan cara wasatiyyah dalam perlaksanaannya. Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam zaman ini juga akan dibahaskan dalam pelbagai topik dan modul.

Objektif Program:
1. Menjiwai aqidah tauhid dan melaksanakannya
2. Membenteng diri daripada fahaman songsang yg merusakkan aqidah
3. Menyucikan amalan ibadah drpd anasir syirik dan khurafat

Kandungan Program:
Pengajian ini adalah untuk selama 1 tahun (10 modul, 1 modul = 4 minggu) :

Modul 1: Aqidah Para Nabi & Rasul a.s.
Modul 2: Erti Syahadah “Laa ilaha illAllah”
Modul 3: Erti Syahadah “Muhammad Abdullah wa Rasuluh s.a.w.”
Modul 4: Rukun Iman 1: Konsep Iman & Amal Soleh
Modul 5: Rukun Iman 2: Beriman Kepada Malaikat, Kitab & Nabi
Modul 6: Rukun Iman 3: Beriman Kepada Hari Akhirat
Modul 7: Rukun Iman 4: Beriman Kepada Taqdir
Modul 8: Cabaran Aqidah Masakini 1 (Dalaman)
Modul 9: Cabaran Aqidah Masakini 2 (Luaran)
Modul 10: Ayat-Ayat Peneguh Iman

Details

Pendaftaran: $50. Nota: $30.
Bulanan: $80/sebulan.

Pendaftaran melalui islamicevents.sg
Peserta membayar $160. ($80 pendaftaran & nota, $80 yuran Jan 2017)

Ingin mendaftar?

Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kursus bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi peserta sekiranya anda menarik diri selepas buat bayaran.
3) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
4) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.

Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.

Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.

Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.

Location

PKMS Building

PKMS Building, #03-06, 218 Changi Rd, Singapore 419737

Speakers

Asatizah bertauliah

Comments



Our platforms