INSAF
insaf, taubat, tasawwuf, akhlaq
Fees: Nota: $10, Kursus (4 Minggu): INFAQ IKHLAS
Sinopsis:
“Fatabayyanu..!” (Selidiklah..!) Itulah perintah yang Allah sebutkan dalam ayat ke-6, surah al-Hujurat, membimbing mukminin agar berhati-hati sebelum mengambil sebarang tindakan; ucapan atau perbuatan, supaya dengan itu mereka hidup jauh daripada syak wasangka dan perselisihan. Sebaliknya, mereka mengutamakan keteguhan dalam kesatuan.
Dewasa ini, saban hari kita mendengar keluhan dan kebimbangan yang dinyatakan oleh sebahagian pihak berkaitan sikap sebahagian Muslimin yang sering menganggap diri mereka betul, pihak yang lain salah. Dengan cepat sekali mereka menghukum atau menuduh Muslimin yang lain dengan tuduhan atau kata-kata yang boleh menimbulkan kekeliruan dan pertelingkahan.
Apakah sebenarnya yang mendorong mereka bersikap sedemikian? Apakah salah untuk mengkritik sesuatu pihak? Benarkah seorang Muslim dilarang mengkritik sesiapapun dan apapun?
Pernahkah generasi Islam terdahulu menghadapi situasi yang kita alami sekarang ini? Jika pernah, apakah tindakan para ulama dan pemimpin dalam menangani permasalahan ini? Apakah ada kaedah, garispandu dan adab yang mereka gariskan? Sudah ditaqdirkankah umat Islam akan sentiasa bertikam lidah sesama sendiri? Kalau begitu, apakah garispandu, kaedah dan adab yang sudah ditaqdirkan juga untuk mengatasi masalah ini?
Kursus INSAF selama 4 minggu (1 minggu = 2 jam) ini akan membawa anda ke wacana ilmiah tersebut. Anda akan lihat bagaimana ulama terdahulu menangani isu ini secara bijaksana.
Kursus INSAF:
Bhg. 1: Benarkah Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah ahli Keadilan & Insaf? Mengapakah umat Islam berbeza-beza mazhab dan fahaman? Apakah salah jika kita bermazhab?
Bhg. 2: Apakah terdapat garispandu dan adab dalam menilai keperibadian seseorang? Apakah tidak boleh kita menilai menurut akal dan suka kita sendiri? Bolehkah kita menghukum seseorang sebagai kafir?
Bhg. 3: Apakah semua maksiat sama darjatnya? Mengapakah kita harus bijak membezakan antara jenis maksiat dan dosa? Bagaimanakah sikap kita terhadap pelaku maksiat dan dosa? Apakah semua orang yang sesat itu kafir? Apakah semua orang yang sesat itu pasti akan masuk Neraka?
Ingin menyelami erti INSAF? Lebih 100 peserta telah meraih manfaat daripada kursus ini. Anda bila lagi? Hadirlah majlis ilmu ini. BaarakAllahu fiekum!
Details
Tarikh & Masa : SABTU 7, 14, 21 JAN & 4 FEB 2017 (28 JAN Tahun Baru Cina), 11.00 am - 1.00 pm
Tempat : Bangunan PKMS, #03-06, 218 Changi Rd, S(419737)
Yuran Nota : $10/-
Yuran Kursus : INFAQ IKHLAS
Pembimbing : Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib, Pengasas IHDI
Pendaftaran : Sila emel kepada : [email protected]
Comments