Kursus: Hayya Alas Solah (Praktikal Solat & Solat-Solat Sunnat)
solat, fiqh, solat sunat, praktikal solat
Fees: Nota: $30, Kursus (10 Minggu) $150
SINOPSIS:
Sebagai rukun Islam yang kedua, solat memainkan peranan amat besar dalam kehidupan. Ia adalah tiang agama, justru ia juga mestilah menjadi tiang keimanan seorang Muslim.
Kursus selama sepuluh minggu ini (1 modul = 10 minggu) memberi pendedahan kepada peserta tentang praktikal solat dan pengetahuan menyeluruh berkaitan solat-solat wajib serta 20 jenis solat sunnat. Setiap solat itu dijelaskan secara terperinci berserta dalil daripada al-Quran & as-Sunnah.
Huraiannya adalah menurut Fiqh mazhab Imam Asy-Syafi'e rhm dan di samping itu peserta berpeluang mendengar perbahasan fiqh tersebut daripada mazhab-mazhab yang lain (pada tajuk-tajuk tertentu). Tujuannya adalah agar peserta terdedah kepada amalan mazhab-mazhab yang lain berhubung dengan perlaksanaan solat supaya sikap memahami dan keterbukaan pada diri peserta dapat dimakmurkan dan supaya sikap tuduh menuduh antara pengamal mazhab dapat dielakkan.
ISI KANDUNGAN KURSUS:
• 7 Fiqh Solat-Erti Khusyu', Sunnat2 Sebelum Solat, Fiqh & Praktikal Solat
• Hukum & Adab Berkaitan Syarat & Rukun Solat
• Adab Berkaitan Sunnat2 Selepas Solat
• Memahami Tafsir Al-Fatehah, Tafsir 4 Qul, Erti Bacaan Dalam Solat
• Fiqh Solat Sunnat 1: Fadilat Solat Sunnat, Jenisnya, Rawatib
• Fiqh Solat Sunnat 2: Tahajjud, Witr, Ishraq, Dhuha, Zawal
• Fiqh Solat Sunnat 3: Keluar & Masuk Rumah, Selepas Wudhu', Tahiyyatul Masjid, Antara Azan & Iqamah, Taubat, Jum'at
• Fiqh Solat Sunnat 4: Tasbih, Pulang Dari Safar, Istikharah, Gerhana
• Fiqh Solat Sunnat 5: Eid, Istisqa', Selepas Tawaf, di Masjid Quba', di Lembah ‘Aqiq
• Solat Pesakit & Musafir. Solat Jenazah
Details
PEMBIMBING:
Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib
(B.A., Hadith, Univ. Medina)
Pengasas, Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)
HARI & MASA:
Sabtu, 2.00-4.00ptg (2 jam)
TEMPAT:
Bangunan PKMS, #03-06, 218 Changi Rd. (419737). Depan masjid Darul Aman, Eunos.
TARIKH MULA KURSUS:
Sabtu, 07 Januari – 25 Mac 2017 (28 Jan & 4 March tiada pengajian)
YURAN KURSUS:
Nota: $30, Kursus (10 Minggu) $150
CARA PENDAFTARAN & PEMBAYARAN:
Untuk mendaftar, sila emel kepada IHDI: [email protected]
Comments