Kursus: Hayya Alas Solah 1 & 2
Fees: Sila lihat butiran
Sebagai rukun Islam yang kedua, solat memainkan peranan amat besar dalam kehidupan. Ia adalah tiang agama, justru ia juga mestilah menjadi tiang keimanan seorang Muslim.
Kursus selama dua puluh minggu ini (2 modul: 1 modul = 10 minggu) memberi pendedahan kepada peserta tentang perlaksanaan toharah, praktikal solat dan pengetahuan menyeluruh berkaitan solat-solat wajib serta 20 jenis solat sunnat. Setiap solat itu dijelaskan secara terperinci berserta dalil daripada al-Quran & as-Sunnah.
Huraiannya adalah menurut Fiqh mazhab Imam Asy-Syafi'e rhm dan di samping itu peserta berpeluang mendengar perbahasan fiqh tersebut daripada mazhab-mazhab yang lain. Tujuannya adalah agar peserta terdedah kepada amalan mazhab-mazhab yang lain berhubung dengan perlaksanaan solat supaya sikap memahami dan keterbukaan pada diri peserta dapat dimakmurkan dan supaya sikap tuduh menuduh antara mazhab dan pengamalnya dapat dielakkan.
Details
ISI KANDUNGAN KURSUS:
1. MODUL 1:
• Bersuci: Muqaddimah-Erti Toharah, Air, Hadas,
• Bersuci: Wudhu', Mandi, Khuf, Tayammum, Siwak
• Bersuci: Luka & Balutan, Najis, Istinjak, Perapian Diri
• Bersuci: Haid, Istihadhah, Nifas
• 7 Fiqh Solat-Erti Khusyu', Sunnat2 sebelum solat
• Fiqh Solat & Praktikal 1: Hukum & Adab Berkaitan Syarat2 Solat
• Fiqh Solat & Praktikal 2: Hukum & Adab Berkaitan Berdiri, Niat, Takbir
• Fiqh Solat & Praktikal 3: Hukum & Adab Berkaitan Rukuk, I'tidal, Sujud
• Fiqh Solat & Praktikal 4: Hukum & Adab Berkaitan Duduk, Tasyahhud, Salam
• Fiqh Solat & Praktikal 5: Hukum & Adab Berkaitan Sunnat2 Selepas Solat
2. MODUL 2:
• Solat Khusyu' 1: Memahami Tafsir Al-Fatehah
• Solat Khusyu' 2: Memahami Tafsir 4 Qul
• Solat Khusyu' 3: Memahami Erti Bacaan Dalam Solat
• Fiqh Solat Sunnat 1: Fadilat Solat Sunnat, Jenisnya, Rawatib
• Fiqh Solat Sunnat 2: Tahajjud, Witr, Ishraq, Dhuha, Zawal
• Fiqh Solat Sunnat 3: Keluar & Masuk Rumah, Selepas Wudhu', Tahiyyatul Masjid, Antara Azan & Iqamah, Taubat, Jum'at
• Fiqh Solat Sunnat 4: Tasbih, Pulang Dari Safar, Istikharah, Gerhana
• Fiqh Solat Sunnat 5: Eid, Istisqa', Selepas Tawaf, di Masjid Quba', di Lembah ‘Aqiq, Perkara-Perkara lain Berkaitan dgn Solat Sunnat
• Pengurusan Jenazah: Mandi, Kafan, Solat Jenazah, Pengkebumian
• Solat Pesakit & Musafir
OBJEKTIF KURSUS: Akhir kursus ini pelajar boleh:
1. Mengetahui cara perlaksanaan solat wajib dan solat-solat sunnat
2. Melaksanaan solat sesuai dengan cara solat Nabi s.a.w.
3. Menghubungkaitkan solat dengan kehidupan dan taqdir
PEMBIMBING:
Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib
(B.A., Hadith, Univ. Medina)
Pengasas, Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)
HARI & MASA:
Sabtu, 2.00-4.00ptg (2 jam)
TEMPAT:
Bangunan PKMS, #03-06, 218 Changi Rd. (419737). Depan masjid Darul Aman, Eunos.
TARIKH MULA KURSUS:
Modul 1: Sabtu, 01 Oktober – 03 Disember 2016 (10 Minggu)
Modul 2: Sabtu, 07 Januari – 18 Mac 2017 (10 Minggu)
YURAN KURSUS:
Modul 1: $230 ($50 Pendaftaran, $30 Nota, $150 Kursus)
Modul 2: $150 (Kursus)
Jumlah Keseluruhan: $380.
CARA PEMBAYARAN:
Anda boleh memilih satu daripada 3 cara pembayaran berikut:
Cara 1: Bayaran untuk modul 1 dahulu sebanyak $200 (diskaun $30) melalui Islamic Events. Bayaran untuk modul 2 sebanyak $150 di IHDI selepas tamat modul 1.
Cara 2: Bayaran untuk modul 1 & 2 sebanyak $320 (diskaun $60) melalui Islamic Events.
Cara 3: Bayaran pendaftaran untuk modul 1 & 2 sebanyak $80. Kemudian secara bulanan bayar $50 ke IHDI. (2 modul = 6 bulan x $50).
Comments