Kursus: Hayya Alal Falah 1 & 2
Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam pada akhir zaman ini menuntut daripada kita agar membenteng diri dengan Aqidah yang teguh, kalis-ideologi perusak, anti-pengganasan.
Kursus selama dua puluh minggu ini (2 modul: 1 modul = 10 minggu) memberi pendedahan kepada peserta tentang asas-asas Aqidah Islam berlandaskan Manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah berkaitan dua Syahadah dan cabang-cabang utamanya. Disamping itu peserta juga didedahkan kepada Tasawwur (gambaran/konsep) Islam yg jelas dan Maqasid (tujuan2) Syari'ah yang akan meluruskan fahamannya dan menolak fahaman pelampauan dan kesyirikan dalam perlaksanaan agama.
Hanya dengan Aqidah ini kita akan berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat, dan itulah makna sebenar Hayya alal Falah (Mari menuju Kejayaan) yang setiap hari dilaungkan sebanyak 5 kali.
Details
ISI KANDUNGAN KURSUS:
1. MODUL 1:
• Muqaddimah: Erti Falah, Aqidah Islam, Tauhid
• Tasawwur Islam & Maqasid Syariah
• Erti Islam, Iman & Ihsan
• Fiqh Syahadah 1: Erti & Rukun Syahadah “Laa ilaaha illAllah”
• Fiqh Syahadah 2: Syarat-Syarat Syahadah “Laa ilaaha illAllah” (1-3)
• Fiqh Syahadah 3: Syarat-Syarat Syahadah “Laa ilaaha illAllah” (4-7)
• Tauhid 1: Kewujudan & KekuasaanNya
• Tauhid 2: Allah Disembah & Ditaati
• Tafsir Al-Fatehah
• Ayat-Ayat Peneguh Iman
2. MODUL 2:
• Fiqh Syahadah 4: Erti & Rukun Syahadah “Muhammad Abdullah wa Rasuluh”
• Fiqh Syahadah 5: Syarat-Syarat Syahadah “Muhammad Abdullah wa Rasuluh”
• Memahami Al-Quran 1
• Memahami Al-Quran 2
• Memahami As-Sunnah 1
• Memahami As-Sunnah 2
• Fiqh Ibadah: Memahami Syari'ah & Tasyrie' 1
• Fiqh Ibadah: Memahami Syari'ah & Tasyrie' 2
• Memahami Taqdir dan Kaitannya dengan Ikhtilaf (perselisihan) & Mukhalafah (percanggahan)
• Cabang-cabang Iman & Kufur / Taat & Maksiat / Pahala & Dosa
OBJEKTIF KURSUS: Akhir kursus ini pelajar akan:
1. Mengetahui asas-asas Aqidah Islamiah
2. Dapat membezakan antara Aqidah Islamiah dengan aqidah yang lain
3. Menghubungkaitkan Aqidah dengan kehidupan seharian
PEMBIMBING:
Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib
(B.A., Hadith, Univ. Medina)
Pengasas, Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)
HARI & MASA:
Sabtu, 5.00ptg - 7.00mlm (2 jam)
TEMPAT:
Bangunan PKMS, #03-06, 218 Changi Rd. (419737). Depan masjid Darul Aman, Eunos.
TARIKH MULA KURSUS:
Modul 1: Sabtu, 01 Oktober – 03 Disember 2016 (10 Minggu)
Modul 2: Sabtu, 07 Januari – 18 Mac 2017 (10 Minggu)
YURAN KURSUS:
Modul 1: $230 ($50 Pendaftaran, $30 Nota, $150 Kursus)
Modul 2: $150 (Kursus)
Jumlah Keseluruhan: $380.
CARA PEMBAYARAN:
Anda boleh memilih satu daripada 2 cara pembayaran berikut:
Cara 1: Bayaran untuk modul 1 dahulu sebanyak $200 (diskaun $30) melalui Islamic Events. Bayaran untuk modul 2 sebanyak $150 di IHDI selepas tamat modul 1.
Cara 2: Bayaran untuk modul 1 & 2 sebanyak $320 (diskaun $60) melalui Islamic Events.
Cara 3: Bayaran pendaftaran untuk modul 1 & 2 sebanyak $80. Kemudian secara bulanan bayar $50 ke IHDI. (2 modul = 6 bulan x $50).
Comments