Majlis Tahlil Dan Kenduri Arwah Serta Doa Selamat Sempena Ramadan 1437H
Fees: -
Majlis Tahlil Dan Kenduri Arwah Serta Doa Selamat.
Dari abu hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: yang bermaksud
"apabila seorang anak adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (hadith sahih - riwayat muslim dan lain-lainnya)
Mereka yang telah meninggal dunia telah putus amalan mereka iaitu tidak dapat lagi melakukan amal kebajikan, namun kita yang hidup, masih dapat membantu mereka dengan berbagai-bagai cara termasuklah dengan menghadiahkan bacaan ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir , menderma atas nama mereka dan sebagainya. Sempena kedatangan Ramadhan al mubarak Masjid Assyakirin akan mengadakan Majlis Tahlil Dan Kenduri Arwah Serta Doa Selamat . Majlis akan di adakan pada 2 jun 2016, Sejurus selepas solat maghrib.
Insya Allah Asatizah, Imam Dan Bilal Masjid Assyakirin akan bersama memimpin majlis tersebut. Semua nama-nama yang di kirim akan di sebut satu persatu. Kepada mereka yang ingin menyertakan nama-nama arwah yang tersayang yang telah pergi dahulu meninggalkan kita silalah mendaftar.
Details
Assyakirin Mosque
550 Yung An Road
Singapore 618617
Tel: 6268 1846
Fax: 6268 9725
E-mail: [email protected]
Web: www.assyakirin.sg
For the latest updates,
LIKE us on FACEBOOK at http://www.facebook.com/assyakirin.icc
Follow us on INSTAGRAM at
https://www.instagram.com/assyakirinsg/
Follow us on TWITTER at
http://twitter.com/MsjidAssyakirin
Comments