Adult Islamic Learning (ADIL) : Fiqh Untuk Pesakit: "Panduan Penting Khas Bagi Pesakit Muslimah"
adil, adult islamic learning, rukun islam, syariah islamiah, fiqh, masjid kassim
Fees: $50 seorang ($45 bagi penyertaan 2 orang keatas)
Assalamualaikum wr wrb!
Jemaah yang dirahmati Allah sekalian,
Pernahkah anda atau saudara mara anda ada menghadapi kesukaran untuk melakukan wudhu' atau solat ketika dalam keadaan sakit di rumah mahupun di hospital?
Tahukah anda cara-cara mengambil wudhu' dan solat ketika dalam kecederaan?
Mungkin juga persoalan-persoalan sebegini berganda lagi bagi pihak muslimah.
Jika soalan-soalan seperti ini pernah terlintas di fikiran, maka kami ada menyediakan kursus yang istimewa, dan kali ini khas hanya untuk MUSLIMAH.
Masjid Kassim akan menganjurkan satu lagi Kursus baru ADIL: Fiqh Untuk Pesakit Panduan penting khas bagi pesakit Muslimah.
Details
Bengkel Fiqh untuk Pesakit ini akan dianjurkan pada hari: Sabtu & Ahad, 28 & 29 Mei 2016. Bermula jam 3 ptg – 7 mlm.
Yuran kursus adalah sebanyak: $50 seorang sahaja.
Dan sebagai harga promosi: $45 seorang bagi penyertaan dua orang keatas.
Murabbi yang akan memimpin bengkel ini:
Ustaz Rohana binte Ithnin, Pendakwah Bebas.
Ayoh! Ikuti kursus istimewa ini.
Harap dapat kongsikan maklumat ini bersama orang-orang yang tersayang, seperti ibu , kakak, adik dan anak perempuan kita.
Persiapkan diri mereka sebelum bertemu bulan ramadan yang bakal menjelang. Tempat adalah terhad. Yang dahulu akan didahulukan!
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pendaftaran, bolehlah ke pejabat Masjid Kassim atau lungsuri lelaman web ADIL di www.adil.sg.
Spread the love people~
:))
Comments