Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
17 Nov 2024 - 15 JamadulAwal 1446 Ishak 20:05 Subuh 5:27
- 17 Nov 2024 - 15 JamadulAwal 1446 | Subuh 5:27 | Syuruk 6:49 | Zuhur 12:51 | Asar 16:14 | Maghrib 18:52 | Ishak 20:05
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3140

Hidayat 7.0 | 7 Kunci Agung Dzikrullah

[Event has ended]
Tue, 31 May 2016, 6.30-10.00pm | Malay
Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib (Pengasas IHDI)

Fees: $35 (2 kursus: $50)

-----------------------------------
Hidayat 7.0 | 24 May 2016
-----------------------------------

Apakah anda harus berusaha mencari hidayat, atau apakah hidayat akan datang kepada anda? Perlukah anda bermohon untuk mendapatkan hidayat? Apabila anda bermohon kepada Allah untuk mendapatkan hidayat, apakah itu bererti anda sedang mendapat hidayat? Benarkah hidayat itu bermacam-macam dan berperingkat? Apakah hidayat memilih antara manusia atau apakah manusia memilih antara hidayat?

Bolehkah kita berkata: “Kesian…dia belum dapat hidayat..”, “hati dia belum terbuka lagi..”, “dia belum dapat seruan untuk pergi haji..”, “bila umur aku dah sampai 40 tahun nanti baru dapat seruan untuk bertaubat..”, “sepuluh kali aku bertaubat, dua puluh kali aku buat maksiat..apa guna bertaubat?”, “negara-negara maju tu maju kerana dapat taufiq dan hidayat ke?”

Kursus ini dengan izin Allah akan menghuraikan persoalan-persoalan tersebut dan memberi anda nafas baru dalam memahami dan melaksanakan ibadah.


-----------------------------------------------------
7 Kunci Agung Dzikrullah | 31 May 2016
-----------------------------------------------------

Konsep dzikir seringkali diberi tafsiran yang sempit sehingga pengamalannya juga mengalami nasib yang sama. Bukan itu sahaja, bahkan arti yang ingin dicari daripada dzikir itu tidak dapat dicapai kerana dzikirnya bukan lagi atas dasar tawadhu' dan khusyu' tapi atas dasar hiburan dan syiok, bukan lagi dalam keadaan sakinah dan tadorru' tapi dalam keadaan joget dan mabuk.

Apakah sebenarnya arti dzikir yang dijelaskan oleh Allah dan RasulNya? Bagaimanakah cara perlaksanaannya yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan Salafus Soleh? Apakah amalan bergendang dan berjoget dalam berdzikir menambah kekhusyukan dan kerendahan hati di hadapan Allah, ataukah ia mengeraskan lagi hati dan menambah kecelaruan fikiran?

Kursus ini dengan izin Allah akan menghuraikan persoalan-persoalan tersebut dan memberi anda nafas baru dalam memahami dan melaksanakan dzikrullah.

Details

Yuran Kursus: $35/seorang. Jika anda mengikuti dua kursus (+ kursus 7 Kunci Agung Dzikrullah), yurannya: $50/seorang (jimat: $20)
Yuran Kursus utk 2 orang + 2 kursus: $80 (jimat: $60).

Tempat: Tingkat 2, Masjid Kassim, 450 Changi Rd, S(419877)

-------------------------
Terma dan Syarat:
-------------------------
1 ) Pembayaran penuh / Deposit hendaklah dibuat sebelum kelas bermula .
2 ) Tiada bayaran kembali bagi peserta sekiranya anda menarik diri selepas buat bayaran.
3 ) Peserta hendaklah menghadiri kelas tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur jika mereka lewat.
4 ) Penganjur berhak untuk membuat apa-apa perubahan kepada jadual waktu . Pelajar akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.
5 ) Anda boleh berikan tiket anda kepada pihak lain jika anda tidak dapat hadir.

-----------------------------------------
Bagaimana untuk Mendaftar ?
-----------------------------------------
Kaedah 1 ) Bayaran melalui Nets Tunai / - Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 Ext 1 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.

Kaedah 2 ) Bank Transfer / Kad Debit / Paypal - Gunakan sistem pendaftaran di bawah:

Langkah 1: Isikan No Orang Penyertaan
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan pembayaran.

Location

Kassim Mosque

450 Changi Road, Singapore 419877

Speakers

Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib (Pengasas IHDI)

Comments



Our platforms