Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 Asar 16:15 Maghrib 19:17
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zuhur 13:14 | Asar 16:15 | Maghrib 19:17 | Ishak 20:25
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 4795

Akhlak

[Event has ended]
Sat, 20 August 2016, 2PM - 6PM | Malay
Ustaz Faizal Wahab

Fees: $45 / pax

Sering kita bertanya apakah itu asas agama atau ilmu fardhu Ain yang merupakan kewajiban setiap Muslim, mengapakah penting bagi seseorang mengenali asas tauhid, fiqh akhlak dll.

Kursus ini adalah sebuah pendahaluan bagi asas agama Islam yang perlu diketahui penuntut ilmu, satu pengenalan dalam memperkasakan pembelajaran pada ilmu fardhu ain

Tauhid ibarat benih yang ditanam, ia tumbuh mekar dengan siraman dan batasan fikah, maka tasawuf dan kesedaran akan kiamat yang membersihkan tumbuhan ini dan memagarinya dari dirosak serangga

Sayiduna Umar bin Khattab Radhiyallahu anhu berkata :
Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di dekat Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; menegakkan shalat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau benar,” maka kami heran, ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya.
Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.

Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku kapan terjadi Kiamat?”

Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”

Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”

Nabi menjawab,”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”

Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”

Aku menjawab,”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.” [HR Muslim, no. 8]

Details

Terma dan syarat:

1) Pembayaran penuh / Deposit hendaklah dibuat sebelum kelas bermula.
2) Tiada bayaran refund bagi peserta sekiranya anda menarik diri selepas buat bayaran.
3) Peserta hendaklah menepati masa dan memaklumkan penganjur.
4) Anda boleh lalu atas tiket anda kepada pihak lain jika anda tidak dapat hadir.

Bagaimana untuk Mendaftar?
Kaedah 1) Bayaran melalui Nets Tunai / - Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 Ext 1 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.

Kaedah 2) Bank Transfer / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.

Langkah 1: Isikan No Orang yang mengambil bahagian
Langkah 2: Isikan butiran anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.

Location

Jamiyah Ar-Rabitah Mosque

601 Tiong Bahru Rd, Singapore 158787

Speakers

Ustaz Faizal Wahab

Comments



Our platforms