Kursus Peta Minda Hadith
Hadith sebagai sumber kedua tertinggi dalam Islam telah dipelihara oleh Allah melalui para Muhaddithin. Hasil daripada itu, umat Islam kini dapat memetik hadith daripada sumber-sumber aslinya seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim tanpa keraguan.
Namun, terdapat beberapa soalan berkaitan cara menggunakan hadith tersebut:
• Bolehkah kita membaca satu hadith dan langsung terus mengamalkannya tanpa melihat kaitannya dengan hadith yg lain?
• Bagaimanakah para ulama memahami hadith?
• Apakah kaedah-kaedah asas yang membolehkan kita memahami maksud hadith?
• Apakah hukum hadith berbeza daripada hukum al-Quran? Apakah ada hadith yang bercanggah dengan al-Quran?
• Mengapakah metodologi berfikir para Muhaddithin (ahli Hadith) berbeza daripada metodologi berfikir para Fuqaha (ahli Fiqh)?
• Mengapakah hadith Munkar dan Maudhu' (Palsu) merbahaya? Benarkah hadith Dha'if melebihi 30 macam? Mengapakah masih ramai orang Islam yang tertipu dengan hadith palsu? Apakah cara untuk menghindarinya?
• Jenis hadith mana satukah yang sewajarnya diberi perhatian lebih; Aqidah, Hukum, Akhlaq atau Fadhail A'maal?
• Apakah sudah memadai bagi Muslim untuk berpegang kepada al-Quran sahaja tanpa al-Hadith? Apakah benar al-Hadith penafsir al-Quran? Apakah benar al-Hadith juga wahyu?
• Bagaimanakah anda dapat mengaitkan kehidupan anda dengan al-Hadith? Bersediakah anda hidup untuk al-Hadith?
• Apakah benar anda mencintai Rasulullah s.a.w.? Bagaimanakah caranya anda menunjukkan kecintaan anda terhadap Rasulullah s.a.w.?
Dan banyak lagi persoalan-persoalan lain yang akan dibincangkan dalam kursus ini.
Kursus ini akan membentangkan perbincangan berkaitan persoalan-persoalan tersebut dan membimbing anda ke arah memahami al-Hadith secara menyeluruh dan bernas.
10 HARI SAHAJA DAN PERATUS KECINTAAN ANDA TERHADAP RASULULLAH S.A.W. AKAN BERTAMBAH TINGGI, KEFAHAMAN AGAMA ANDA AKAN SEMAKIN KUKUH!
Details
Objektif: Akhir kursus ini pelajar boleh:
• Mengenal hadith Nabi s.a.w. secara lebih syumul (menyeluruh)
• Memahami kaitan al-Hadith dengan al-Quran, dengan diri, masyarakat dan kehidupan.
Tarikh: 24 FEB, 2,9,16,23,30 MAR, 6,13,20,27 APR, 4,11,18 MAY 2016.
Hari & Masa: RABU, 10.00am-1.00pm
Jangkamasa: 13 sesi x 3jam (39 jam)
Tempat: Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI). 299C, Changi Rd. S(419777).
Guru: Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib
Bahasa: Melayu
Yuran Pendaftaran & Nota: $80 + Yuran Pengajian: $290 (jumlah: $370). 2pax: $640 (disc. $100)
Kumpulan Sasaran: 18 tahun ke atas.
Kelayakan: Peserta sudah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan pernah mengikuti kelas kelas agama umum atau khusus.
Pengalaman Kursus: Kursus ini pada asalnya merupakan 10 modul yang diajarkan dalam Sijil Pengajian Hadith (SPH) di IHDI. Peta Minda Hadith meringkaskan modul-modul tersebut serta membuat rumusan dalam corak baru, sesuai dipelajari dalam masa yang singkat untuk mendapat gambaran menyeluruh tentang Hadith & ilmu-ilmunya.
Pertanyaan lanjut: Sila hubungi IHDI melalui emel [email protected]
Ingin mendaftar?
Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kursus bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi peserta
3) Pelajar akan diberi Nota.
4) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
5) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.
Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.
Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.
Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.
Comments