Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
18 Nov 2024 - 16 JamadulAwal 1446 Ishak 20:05 Subuh 5:27
- 18 Nov 2024 - 16 JamadulAwal 1446 | Subuh 5:27 | Syuruk 6:49 | Zuhur 12:52 | Asar 16:14 | Maghrib 18:52 | Ishak 20:05
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2421

Kursus Hadisarabic

[Event has ended]
Sat, 16 January 2016, Sabtu, 2pm - 4pm | Malay
Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)
Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib (Pengasas IHDI)

Anda pernah mempelajari Bahasa Arab melalui al-Quran? Jika ya, pernahkah anda mempelajarinya melalui Hadith Nabi s.a.w.? Mungkin belum pernah difikirkan atau terfikir…

Kursus Hadisarabic mengajak anda menerokai cara baru ini. Anda bukan sahaja beruntung kerana mengetahui asas Bahasa Arab, tetapi anda juga akan mengetahui sebahagian ciri yang membezakan antara al-Quran dan al-Hadith dari segi gaya bahasanya, anda akan diperkenalkan dengan sebahagian istilah-istilah hadith yang biasa digunakan oleh ulama Hadith. Lebih dari itu, anda akan memahami teks hadith dan konteksnya serta kaitannya dengan realiti dan kehidupan.

Dalam Hadisarabic, sekurang-kurangnya anda akan diperkenalkan kepada 20 Hadith atau lebih yang akan dikaitkan dengan al-Quran dan al-Hadith yang lain agar difahami. Ini bermakna, anda akan mempelajari lebih daripada 200 patah perkataan Arab dalam masa yang singkat!

Hadith Nabi s.a.w. yang banyak menyentuh soal amalan dan kehidupan seharian sudah tentu menarik perhatian anda untuk menerokai maksudnya dari pelbagai perspektif. Ia selanjutnya akan menarik anda ke tahap perbincangan yang lebih mencabar iaitu mana satukah perspektif yang lebih mantap dan meyakinkan. Lebih menarik lagi sekiranya perbezaan perspektif itu berpunca daripada faktor Bahasa Arab yang digunakan.

20 JAM YANG ANDA KORBANKAN UNTUK HADISARABIC INI MENJADI BATU LONCATAN ANDA KE ARAH MEMAHAMI ATAU MENGUASAI BAHASA ARAB. RASAKAN KEAJAIBANNYA!

Details

Objektif: Akhir kursus ini pelajar boleh:
• Memahami maksud hadith yang dipelajari
• Mengetahui asas Bahasa Arab berserta sebahagian istilah hadith.

Tarikh: 16,23,30 JAN, 13,20,27 FEB & 5,12,19,26 MAR 2016

Hari & Masa: Sabtu, 2.00-4.00pm
Jangkamasa: 10 hari x 2jam.
Tempat: Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI). 299C, Changi Rd. S(419777).

Guru: Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib
Bahasa: Melayu

Yuran Pendaftaran & Nota: $80 + Yuran Pengajian: $150 (jumlah: $230). 2pax: $400 (disc. $60)
Kumpulan Sasaran: 18 tahun ke atas.

Kelayakan: Sesiapa yg sudah boleh membaca al-Quran dengan lancar atau sederhana dan berminat untuk mempelajari asas Bahasa Arab, di samping itu ingin mengenali Hadith Nabi s.a.w. dan menerokai Bahasa Arab melaluinya.

Pengalaman Kursus: Kursus ini –sejauh pengetahuan kami- adalah yang pertama kali diadakan di Singapura. WAllahu A'lam.

Pertanyaan lanjut: Sila hubungi IHDI melalui emel [email protected]

Ingin mendaftar?

Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kursus bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi peserta
3) Pelajar akan diberi Nota.
4) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
5) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.

Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.

Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.

Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.

Location

Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)

No. 299c, Changi Rd, Singapore 419777

Speakers

Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib (Pengasas IHDI)

Comments



Our platforms