Kursus Furqanabic
bahasa arab, furqanabic, al-quran, tafsir
Fees: Yuran Pendaftaran & Nota: $80 + Yuran Pengajian: $150 (jumlah: $230). 2pax: $400 (disc. $60)
Anda pernah mempelajari Bahasa Arab? Jika ya, pernahkah anda mempelajarinya melalui al-Quran al-Karim? Bukankah al-Quran merupakan kitab Allah yang memiliki tahap penggunaan Bahasa Arab yang tinggi? Kalau begitu, mengapa tidak anda teroka cara ini untuk memantapkan lagi kemahiran Bahasa Arab anda?
Kursus Furqanabic mengajak anda menerokai cara ini. Anda bukan sahaja beruntung kerana mengetahui asas Bahasa Arab, tetapi anda juga akan mengetahui sebahagian ciri keistimewaan bahasa al-Quran yang dikarang oleh Allah, Tuhan Pencipta segala Bahasa. Anda juga akan diperkenalkan dengan sebahagian istilah Tafsir yang biasa digunakan oleh Mufassirin. Lebih dari itu, anda akan memahami teks al-Quran dan konteksnya serta kaitannya dengan realiti dan kehidupan.
Dalam Furqanabic, sekurang-kurangnya anda akan diperkenalkan kepada 20 ayat al-Quran atau lebih yang akan dikaitkan dengan ayat lain dan al-Hadith agar difahami. Ini bermakna, anda akan mempelajari lebih daripada 200 patah perkataan Arab dalam masa yang singkat!
Al-Quran al-Karim adalah kitab Allah yang merakamkan kalamullah dalam susunan bahasa yang amat tinggi nilai dan maknanya. Adalah suatu kerugian jika manfaat ini diabaikan. Adalah suatu kemunduran jika kitab ini tidak diberi perhatian sedikitpun walaupun terhadap bahasanya. Adalah suatu tuntutan daripada Allah jika warisan ini tidak dipelihara, tidak disanjung tafsirannya dan tidak diindahkan bahasanya.
20 JAM YANG ANDA KORBANKAN UNTUK FURQANABIC INI MENJADI BATU LONCATAN ANDA KE ARAH MEMAHAMI ATAU MENGUASAI BAHASA ARAB. RASAKAN KEAJAIBANNYA!
Details
Objektif: Akhir kursus ini pelajar boleh:
• Memahami maksud ayat yang dipelajari
• Mengetahui asas Bahasa Arab berserta sebahagian istilah Tafsir.
Tarikh: 5,12,19,26 FEB, 4,11,18,25 MAR, 1,8 APR 2016.
Hari & Masa: JUMAAT, 7.45-9.45pm
Jangkamasa: 10 sesi x 2jam.
Tempat: Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI). 299C, Changi Rd. S(419777).
Guru: Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib
Bahasa: Melayu
Yuran Pendaftaran & Nota: $80 + Yuran Pengajian: $150 (jumlah: $230). 2pax: $400 (disc. $60)
Kumpulan Sasaran: 18 tahun ke atas
Kelayakan: Sesiapa yg sudah boleh membaca al-Quran dengan lancar atau sederhana dan berminat untuk mempelajari asas Bahasa Arab melaluinya, memahami sebahagian tafsiran ayat dan bagaimana Bahasa Arab mempengaruhi hukum syarak dan Tafsir.
Pengalaman Kursus: Kursus ini pernah diadakan sebelum ini dan separuh daripada pelajar-pelajarnya sekarang sedang mengikuti kelas Tafsir al-Quran Surah Ali Imran, setiap Selasa, 10.00-11.30pagi.
Pertanyaan lanjut: Sila hubungi IHDI melalui emel [email protected]
Ingin mendaftar?
Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kursus bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi peserta
3) Pelajar akan diberi Nota.
4) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
5) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.
Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.
Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.
Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.
Comments