Kursus Al-Mizan
Fees: $260
Selepas al-Quran, tiada perkataan yang lebih mulia daripada ucapan Nabi s.a.w. dan sunnahnya. Hakikat ini telah diakui oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sepanjang zaman. Namun begitu, sejarah Islam telah dicemari oleh tangan-tangan pemalsu hadith yang berani meremehkan Sunnah Nabi s.a.w. dan merendahkan martabat hadith Baginda s.a.w. Bertolak daripada realiti ini, para ulama hadith berusaha siang malam demi mempertahankan kewibawaan Hadith dan Sunnah Nabi s.a.w. Hasilnya, alhamdulillah, Hadith dan Sunnah Nabi s.a.w. terpelihara dan dapat diabadikan dalam khazanah ilmiah Islam yang tinggi lagi mulia.
Sedihnya, sehingga kini masih ramai orang-orang yang tidak bertanggungjawab melontarkan tuduhan terhadap Hadith, membongkar kembali hadith-hadith palsu yang sudah lama terkubur itu dan menyebarkannya kepada masyarakat Islam yang tidak tahu membezakan mana Hadith yang asli dan mana yang palsu. Bukan sedikit umat Islam yang terpengaruh atau dipermainkan dengan hadith-hadith palsu, dan bukan sedikit umat Islam yang meyakini bahwa hadith-hadith palsu itu adalah hadith Nabi s.a.w.
Apakah anda termasuk dalam umat Islam yang terpengaruh dengan hadith palsu itu? Apakah anda pernah terjerat dengan hadith palsu itu sehingga anda melakukan satu bentuk ibadah dengan penuh keyakinan akan pahalanya kemudian anda sedar atau disedarkan bahwa selama ini anda beramal berdasarkan hadith palsu. Apakah perasaan anda pada waktu itu? Apakah tindakan perubahan yang anda boleh lakukan? Kursus ini boleh membimbing anda.
Dalam kursus AL-MIZAN selama 9 HARI ini, anda akan diperkenalkan apakah yang dimaksudkan dengan hadith Nabi s.a.w. dan sunnahnya. Apakah ciri-ciri hadith yang sahih dan benar dan apakah pula ciri-ciri hadith yang palsu atau lemah. Bagaimanakah para ulama hadith menilai hadith? Kaedah apakah yang mereka gunakan? Siapakah tokoh-tokoh Islam yang memperjuangkan hadith dan memartabatkannya? Mengapa mereka sanggup menghabiskan masa, umur, harta dan tenaga demi Hadith? Dan pelbagai persoalan lain yang anda akan mendengar huraiannya dalam kursus ini.
9 HARI SAHAJA DAN ANDA TIDAK PERLU RISAU LAGI DENGAN ANCAMAN HADITH PALSU TERHADAP DIRI DAN KELUARGA ANDA!
Details
Objektif: Akhir kursus ini pelajar boleh:
• Mengenal ciri-ciri hadith Nabi s.a.w.
• Membezakan secara umum ciri hadith sahih daripada ciri hadith palsu.
Tarikh: 1,15,22,29 FEB, 7,14,21,28 MAR, & 4 APR 2016
Jangkamasa: 9 hari x 3jam.
Tempat: Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI). 299C, Changi Rd. S(419777).
Yuran Pendaftaran & Nota: $80 + Yuran Pengajian: $180 (jumlah: $260). 2pax: $480 (disc. $40)
Kumpulan Sasaran: Belia 18 tahun ke atas dan dewasa
Kelayakan: Peserta sudah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan pernah mengikuti kelas kelas agama umum atau khusus.
Pengalaman Kursus: Kursus ini pada asalnya merupakan 2 daripada 10 modul yang diajarkan dalam Sijil Pengajian Hadith (SPH) di IHDI.
Pertanyaan lanjut: Sila hubungi IHDI melalui emel [email protected]
Ingin mendaftar?
Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kursus bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi peserta
3) Pelajar akan diberi Nota.
4) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
5) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.
Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.
Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.
Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.
Comments