Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 Ishak 20:18 Subuh 5:39
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:18
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3146

Asas Membaca Al-Quran & Menulis Kalimat Arab

[Event has ended]
Sat, 16 January 2016, 5:15-7:15pm | Malay
Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)
Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib (Pengasas IHDI)

kursus, bahasa arab

Fees: $230

Ia hanya memerlukan komitmen dan ketekunan anda dalam masa 10 hari sahaja untuk merubah kehidupan anda. Cuba bandingkan diri anda sekarang yang tidak kenal huruf Arab, tidak tahu menulis atau mengeja walau satu kalimat mudah Arab pun, tetapi setelah 10 hari anda berikan komitmen dan ketekunan, anda sudah tahu lebih daripada itu!

Beri saya komitmen dan ketekunan anda selama 10 hari sahaja, dan anda akan nampak perbezaannya! Anda akan mengenal sekurang-kurangnya 100 kalimat Arab biasa, menghafalnya, boleh mengejanya, menulisnya dan mengetahui katadasarnya. InsyaAllah anda tidak akan menyesal. Percayalah!

Selepas kursus ini, anda sudah boleh membaca al-Quran, menulis kalimatnya dan mengejanya insyaAllah. Anda tidak perlu merasa malu lagi kerana tidak tahu membaca al-Quran. 10 hari sahaja yang merubah hidup anda adalah jauh lebih baik daripada bertahun-tahun merasa malu kerana tidak tahu membaca al-Quran atau menulis kalimat serta ayatnya.

Justru, saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan sama ada ingin tahu membaca al-Quran dan sekaligus mendapat pahala yang berganda-ganda dan menunaikan kewajipan membacanya sebagai Muslim, atau anda mahu memilih memberi alasan sahaja… bila ditanya: “Awak baca al-Quran?” “Awak sudah baca al-Quran?” Anda memberi alasan: “belum masanya lagi..” “oh..saya tunggu dapat hidayat..” atau anda pilih untuk berkata: “oh..saya tidak wajib baca Quran sebab saya tak tau baca…”

Apakah begitu jawapan yang anda pilih? Atau awak akan mengambil sikap bertanggungjawab dan berkata: “Al-Quran telah mengubah sejarah manusia selama lebih 1400 tahun, al-Quran telah memberi semangat, inspirasi, kehidupan kepada berbilion manusia.. al-Quran adalah kitab ALLAH, Tuhan yang aku sembah. Aku mesti mempelajarinya dan tahu membacanya..menulisnya! Kenapa tidak?! Aku mesti bertindak sekarang! Aku boleh ubah kelemahanku ini.. aku boleh mengubah kehidupanku kepada yang lebih baik. InsyaAllah, aku yakin boleh dan aku mengorak langkah sekarang! …

…AKU YAKIN DENGAN KEBERKATAN KOMITMEN & KETEKUNAN 10 HARI PASTI MEMBAWA PERUBAHAN!”

Details

Objektif: Akhir kursus ini pelajar boleh:

• Mengenal, Membaca kalimat Arab Asas dan menulisnya.
• Memahami beberapa kalimat dan kaedah asas Bahasa Arab.

Tarikh: 9,16,23,30 JAN, 13,20,27 FEB, 5,12,19 MAR 2016

Jangkamasa: 10 hari x 2jam.

Tempat: Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI). 299C, Changi Rd. S(419777).

Yuran Pendaftaran & Nota: $80 + Yuran Pengajian: $150 (jumlah: $230). 2pax: $400 (disc. $60)
Kumpulan Sasaran: Belia 16 tahun ke atas dan dewasa

Kelayakan: Sesiapa yg belum mengenal huruf Arab, belum mengetahui cara menulis dan mengejanya, atau sesiapa yg sudah tahu mengeja tetapi berminat mempelajari cara tulis kalimat Arab.

Pengalaman Kursus: Kursus ini pernah diadakan sebelum ini dan separuh daripada pelajar-pelajarnya sekarang sedang mengikuti kelas Bahasa Arab Asas di IHDI.

Pertanyaan lanjut: Sila hubungi IHDI melalui emel [email protected]

Ingin mendaftar?

Terma dan Syarat:
1) Pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum kursus bermula.
2) Tiada bayaran balik bagi peserta
3) Pelajar akan diberi Nota.
4) Pelajar perlu menghadiri kursus ini tepat pada masanya dan memaklumkan penganjur awal jika mereka lewat.
5) Penganjur mempunyai hak untuk membuat perubahan kepada jadual atau membatalkan kursus. Pelajar akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan.

Kaedah 1) Bayaran Tunai / Nets
- Sila hubungi HOTLINE kami @ 6871 8744 untuk mengatur pelantikan untuk pembayaran.

Kaedah 2) Pindahan Bank / Kad Debit / Paypal
- Gunakan sistem Pendaftaran di bawah.

Langkah 1: Pilih Kuantiti
Langkah 2: Isikan butir-butir anda
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran anda dan teruskan dengan Pembayaran.

Location

Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI)

No. 299c, Changi Rd, Singapore 419777

Speakers

Ustz. Husny b. Jasin Amin Sahib (Pengasas IHDI)

Comments



Our platforms