Adult Islamic Learning (ADIL) : Fiqh Musafir: "Panduan Bagi Pengembara"
adil, adult islamic learning, rukun islam, syariah islamiah, fiqh, masjid kassim
Fees: $50 (termasuk nota & sijil penyertaan)
Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat sekalian!
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda perlu menunaikan solat ketika berada didalam pesawat?
Anda cuba menentukan waktu solat?
Kesukaran mencari makanan halal di luar negara?
Jika jawapannya 'ya', marilah menyertai bengkel Fiqh Musafir!
Melalui bengkel dua hari ini, peserta akan diperkenalkan kepada konsep rukhsah (pengecualian daripada peraturan am), dengan tumpuan khas kepada isu-isu yang akan kita hadapi semasa bermusafir.
Sebagai umat Islam yang juga minat melancong, menjadi keperluan untuk kita tahu bagaimana cara untuk melaksanakan tanggungjawab agama, seperti solat dan berpuasa.
Bengkel ini akan menerangkan panduan mengenai cara mengambil wudhu dan juga cara solat ketika bermusafir (contoh: solat dalam kapal terbang).
Selain dari pada itu, bengkel ini juga akan berkongsi panduan umum bagi permakanan yang halal, serta tips-tips untuk mencari makanan halal semasa mereka berada di negara-negara yang susah untuk mendapatkan makanan halal.
Bengkel ini, sangat relevan bagi mereka yang merancang untuk melancong, sebagai persiapan dan bagi melengkapi diri dengan pengetahuan yang akan membimbing anda menjadi seorang yang lebih beriman apabila melihat keindahan ciptaan Allah di dunia yang luas ini.
Details
Keterangan lanjut adalah seperti beriktu:
Kursus ADIL: Fiqh Musafir
Hari & Tarikh: Sabtu & Ahad, 31 Oktober & 1 November 2015
Waktu: 3 tengah hari - 7 malam
Tempat: Bilik Darjah 1 , Aras 2 Bangunan Wisma Indah
Yuran: $50 seorang, termasuk nota
Murabbi: Ustaz Mohammad Irwan Shah bin Sudiman, Eksekutif Dakwah Masjid Kassim
Jom Daftar! Yang dahulu akan didahulukan!
Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri lelaman www.adil.sg atau hubungi pegawai kami di talian Masjid Kassim 64409434.
Anda juga boleh memuat turun borang pendaftaran di lelaman web masjid www.kassimmosque.com.
Pembayaran bolehlah dilakukan di pejabat Masjid Kassim.
Anda akan dibantu oleh pegawai yang bertugas.
Sila sebarkan maklumat ini kepada kenalan-kenalan kita yang bakal bermusafir dan juga orang-orang yang tersayang :)).
Seperti biasa,
Spread The Love~
(^o^)/
Comments