Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Maghrib 19:08 Ishak 20:19
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 5399

Faraidh & Wasiat : Seiring dan Sejalan

[Event has ended]
Sat, 16 May 2015, 1.30pm | Malay
Lifelong Learning Institute
Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, Encik Suhaimi Salleh, Zhulkharnain Abdul Rahim

ceramah, faraidh, wasiat, harta pusaka, pelaburan, hartanah, nuzriah, hiba ruqba

Fees: refer to eventbrite link or poster

Sinopsis Ceramah

Berdasarkan Surah an-Nisa' ayat 11 dan 12, pembahagian harta pusaka itu pada dasarnya adalah menurut Faraid. Namun, ramai di kalangan Muslim yang masih keliru dan kurang jelas akan pembahagian yang pelbagai dalam Faraid. Ramai juga tidak memahami perbezaan antara pembahagian Faraid dan penulisan wasiat sedangkan terdapat hadith Nabi s.a.w. yang menyebutkan bahawa seorang Muslim tidak seharusnya tidur dua malam tanpa menulis wasiat.

Isu ini timbul disebabkan pengumpulan aset yang semakin bersifat kompleks pada masa kini.

Diperhatikan semakin ramai yang mempunyai aset di luar negara, mengumpul aset melalui perniagaan sendiri, menabung dalam produk insurans dan saham, membuat nominasi CPF dan juga memiliki hartanah hak-milik bersama.

Seminar ini akan mengupas isu-isu semasa seputar Faraid dan penulisan wasiat, apakah kaitannya dan juga membezakan antara kededuanya. Ia juga bertujuan menyedarkan para peserta akan kepentingan untuk merancang pembahagian harta menerusi penulisan wasiat dan penggunaan produk kewangan yang bersesuaian, selain daripada hanya menyerahkan kepada Faraid dalam membahagikan harta.

Seminar ini harus di hadiri setiap individu Muslim .


Profil Penceramah


SUHAIMI SALLEH FCA (Singapore), FCMC, PMC, AFP

Suhaimi Salleh ialah anggota bertauliah Institute of Singapore Chartered Accountants dan Institute of Management Consultants (Singapore). Beliau juga menjawat jawatan Presiden, Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dan Naib Presiden, Persatuan Perancangan Kewangan Islam.

Salah sebuah syarikat beliau, Barakah Capital Planners Pte Ltd, kini menjadi wadah untuk membantu masyarakat Islam di Singapura agar lebih memahami perancangan dan pengurusan harta pusaka yang berlandaskan Syariah dan menyediakan khidmat yang sesuai dalam bidang ini.

Beliau sering diundang untuk memberi ceramah mengenai wasiat dan perancangan harta pusaka. Antara badan-badan yang telah mengundang beliau ialah Majlis Ugama Islam Singapura, Yayasan Mendaki, Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura, HSBC Insurance, AIA, AXA, Manulife, Financial Alliance, stesen radio Warna/Ria, LexisNexis Conference, Asia Business Forum, masjid-masjid dan kelab-kelab masyarakat.

Beliau juga pernah menulis secara tetap di ruangan Wasiat & Faraid di Berita Harian mengenai isu-isu harta pusaka. Beliau pernah diwawancara akhbar Sunday Times sebagai pakar rujuk wasiat dan perancangan pusaka Islam. Beliau juga pernah ditemuramah di radio Warna 94.2FM dalam beberapa program mereka, termasuk Kupas Tuntas Soal Wang, Pelita, Dilema dan Minit Sehari.

Seminar “Wasiat, Faraid & Rancang Pusaka” anjuran Barakah Capital Planners pada tahun 2005, 2006, 2011 dan 2014 telah berjaya mendapat jumlah penyertaan lebih 3,000 peserta.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim

Beliau adalah seorang Rakan Kongsi di Rodyk & Davidson LLP, Kumpulan Praktis Litigasi dan Timbangtara. Beliau lulus daripada Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) pada tahun 2005 dan diterima masuk ke Singapore Bar sebagai peguam bela dan peguam cara di Singapura pada tahun 2006. Beliau diberikan Sijil dalam Perbankan & Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2009 dan Sarjana Undang-undang (Undang-undang dan Kewangan Islam) daripada Universiti Pengurusan Singapura pada tahun 2013, di mana beliau ditempatkan dalam Senarai Dekan kerana pencapaian akademik yang cemerlang.

Selain litigasi komersial dan perbankan, beliau juga mengendalikan pertikaian undang-undang keluarga dan perkara berkaitan undang-undang Syariah di Mahkamah Syariah dan juga Lembaga Rayuan Syariah di MUIS. Beliau seorang ahli lembaga pengarah Persatuan Karyawan Muslim (AMP) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Singapura (DPPMS). Beliau juga anggota Jawatankuasa Praktis Undang-Undang Muslim, Persatuan Undang-Undang. Sebagai sebahagian daripada usaha pro bono, beliau seorang peguamcara dilantik bersama Legal Aid Bureau dan menawarkan khidmat klinik undang-undang secara sukarela di Masjid Al-Mukminin dan Pertubuhan Majlis Wanita Singapura.



Ustaz Syed Mustafa Alsagoff

Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Pendidikan Islam di Singapura khususnya dan dunia pendidikan umumnya. Pengalaman dan minatnya dalam bidang tersebut bermula pada lewat tahun 80an sebagai seorang pelajar, dan sebagai guru sepenuh masa sejak lewat tahun 90an.

Beliau memegang Diploma Pendidikan daripada Universiti Edith Cowan, Australia, dan Diploma dalam Pengurusan Jabatan daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE), Singapura.

Dalam bidang Syariah, beliau memiliki ijazah dalam Perundangan Islam daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau juga memegang sijil fatwa Darul Ifta, Mesir.

Beliau merupakan seorang guru dan Ketua Jabatan Syariah di Madrasah Aljunied Al-Islamiah selama tujuh tahun (1999-2006). Beliau juga berkhidmat di Majlis Ugama Islam Singapura sebagai eksekutif dalam Unit Strategik Dasar & Perancangan Madrasah daripada tahun 2007 hingga 2009.

Ustaz Syed Mustafa juga giat mengajar kelas-kelas di pelbagai pertubuhan Islam seperti Pergas, Perdaus & ALMAS serta sejumlah masjid-masjid di Singapura.

Beliau seorang Naib Kadi di ROMM. Beliau juga menganggotai Lembaga Rayuan, Hakam di Mahkamah Syariah, Jawatankuasa Fatwa MUIS, panel Penasihat Kewangan Syariah OCBC, jawatankuasa eksekutif Pergas & ALMAS, dan salah seorang penulis khutbah Jumaat.

Beliau kini merupakan mudir Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.



FAQs



What are my transport/parking options getting to the event?

The nearest MRT station is Paya Lebar. The venue is about 5mins walk from the station.



Where can I contact the organiser with any questions?

You can SMS/call us at +65 8354 4301 or email to [email protected].



Is my registration/ticket transferrable?

Yes. Kindly inform us 3 working days before event date. Email to [email protected].



Do I have to bring my printed ticket to the event?

Yes. This is to ensure no unauthorized entry.



What is the refund policy?

Tickets sold are strictly non-refundable. But in the event that you are not able to attend this event, please email to [email protected] with your name and contact details, so that we can reserve a seat for you in future similar events.



Any prayer rooms provided?

Unfortunately no. However, the nearest mosque is about 5-10mins walk from the venue that is Masjid Wak Tanjong. We apologise for the inconvenience.

Details

Location:
Lifelong Learning Institute, Event Hall 1-1 & 1-2 11 Eunos Rd 8 , 408601

To register, click on link:

faraidwasiat.eventbrite.sg

Event is in Malay language

Location

Lifelong Learning Institute

11 Eunos Road 8 S408601

Organisers

Financial Alliance Islamic Wealth Advisory (FAiWA)

Financial Alliance Islamic Wealth Advisory (FAiWA) is a One Stop Center for all your Islamic Wealth ...

Speakers

Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, Encik Suhaimi Salleh, Zhulkharnain Abdul Rahim

Comments



Our platforms