Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
18 Apr 2024 - 9 Syawal 1445 Maghrib 19:09 Ishak 20:19
18 Apr 2024 - 9 Syawal 1445 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:00 | Zuhur 13:05 | Asar 16:20 | Maghrib 19:09 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 14842

Kursus Iqra Untuk Dewasa (Utara Singapura)

[Event has ended]
Tue, 24 March 2015, 8 mlm - 9.30 mlm | Malay
CeramahIslam.com

kursus, iqra

Fees: $180 (course fees) + $20 (buku & nota)

Islam sangat menganjurkan supaya setiap orang beriman sentiasa membaca, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan seharian.

Banyak fadhilat dan kelebihan yang disediakan bagi mereka yang sentiasa melakukan demikian. Antara fadhilat yang pernah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. ialah (yang bermaksud):

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kursus Iqra ini adalah khusus untuk dewasa lelaki & perempuan yang tinggal di daerah kawasan UTARA Singapura.

InshaAllah para pelajar akan pelajari dari peringkat asas pengenalan huruf-huruf hijaiyyah, bacaan secara bertajwid dengan makhraj yang betul, hinggalah kepada latihan-latihan membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bertajwid.

Pada peringkat ini difokuskan kepada pembacaan secara bertajwid, BUKAN pada teori hukum-hukum tajwid. Ini untuk mempermudahkan para pelajar untuk terus semangat membaca Al-Quran tanpa dibebankan dengan penghafalan teori hukum tajwid.

Kelas lelaki dan perempuan berpisah.

Setiap kelas hanya boleh muat 20 pelajar sahaja.

Boleh daftar bersama suami, isteri, keluarga, rakan, dan sebagainya.

Diskaun 10% akan diberikan jika mendaftar tambahan lagi dua orang atau lebih di bawah satu nama. (Keseluruhan 3 nama di bawah satu pendaftaran)

Details

TARIKH KURSUS
Setiap Selasa, 24 March − 9 June 2015 (12 sesi / 12 minggu / 3 bulan)

MASA
8 malam − 9.30 malam (1 jam 30 min)

YURAN
$180 (untuk keseluruhan 3 bulan kursus) + $20 (buku & pendaftaran)

PEMBIMBING
Ustazah Raja Noor Hidayah Binte Raja Abd Rahman (Kelas Wanita)
– Dip. Syariah Islamiyyah, KUIM
– Sanad Qiraah Riwayat Hafs, Syria.

Ustaz bagi kelas lelaki akan dipastikan kelak, inshaAllah.

BAHASA PERANTARAAN
Melayu

CARA PENDAFTARAN
http://www.ceramahislam.com/courses/kursus-iqra/register

TEMPAT KURSUS
Bilik darjah di Masjid An-Nur, Woodlands

Location

An-Nur Mosque

6 Admiralty Road, Singapore 739983

Organisers

CeramahIslam.com

Comments



Our platforms