Syarahan; HARGAI SEBELUM MEREKA PERGI
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Keredhaan Allah terletak pada keredhann kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga terletak kepada kemurkaan orang tua”.
Hadith ini dengan jelas menunjukkan kepada kita tentang kedudukan orang tua pada seorang anak dan pentingnya mereka dalam menentukan nasib kita di hari akhirat kelak.
Menjelang tahun 2030, jumlah penduduk Singapura yang berumur dijangka akan menjadi lebih banyak daripada orang muda. Lebih dari sekadar melihat kepada impaknya kepada negara, ia juga menimbulkan pertanyaan tentang kesanggupan seorang anak untuk menjaga dan berbakti kepada orang tuanya.
Dalam kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk dunia kita dan juga akhirat kita dengan amal ibadah, janganlah kita lupa tentang ibubapa kita dan pentingnya untuk berbakti kepada mereka.
Syarahan pada kali ini akan membincangkan tentang peranan ibu bapa dalam kehidupan seorang anak dan bahayanya bencana anak yang derhaka.
Details
Tiada pendaftaraan diperlukan, Terbuka pada umum.
Comments