Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Maghrib 19:08 Ishak 20:19
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 4053

Demi Cinta Agung - Majlis Maulid & Cukur Rambut

[Event has ended]
Sun, 1 February 2015, 0900hrs | Malay
Masjid Maarof
Ustaz Ahmad Lutfi al Linggi, Ustaz Muhammad Faisal Muhammad Ayub, Habib Hassan Al-Attas

maulid, cukur rambut

Fees: Free entry. $60 for cukur rambut.

Demi Cinta Agung

Sebuah Majlis Maulid & Cukur Rambut untuk memupuk cinta kepada baginda, Sayyidina Muhammad sallallahu alaihi wa sallam di samping meraikan bayi yang baru dilahirkan dengan keberkatan selawat dan bacaan maulid.

Majlis akan dibuka oleh ustaz yang berkhidmat di Masjid Sultan dan terkenal dengan suara dan bacaan yang menyentuh sanubari, Ustaz Abdulhakeem al-Marawi. Beliau akan membaca al-Quran dan qasidah.

Kemudian, bacaan maulid dengan disertai cukur rambut akan dipimpin oleh Kumpulan Al-Khidmah bersama iringan para asatizah.

Tetamu jemputan kami ialah Habib Hassan al-Attas yang akan inshaAllah memberikan syarahan ringkas sebelum pendakwah tempatan kita Ustaz Faisal Mohd Ayub memberikan syarahan dengan tajuk 'Demi Cinta Agung' dan kaitannya dengan para pemuda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam.

Syarahan yang terakhir akan diberikan oleh ustaz jemputan kami daripada luar negeri iaitu Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi, iaitu seorang ustaz yang telah menulis banyak buku termasuk buku '313 Pahlawan Perang Badar' yang memenangi hadiah Anugerah Buku Negara 2014 (Malaysia) bagi Buku Umum Terbaik (Kategori Sejarah Islam). Beliau merupakan murid kepada ulama' Nusantara yang unggul al-Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Muhammadi.

InshaAllah, syarahan akan diselangi dengan bacaan qasidah.

Demi cinta agung, bara ini kami genggam jadi arang.

Details

Untuk penyertaan cukur rambut, sila ke Pejabat JPM Masjid Maarof di Masjid Assyakirin atau boleh juga daftar melalui borang online, http://goo.gl/forms/FnI10RhZEZ

Bertempat:
Dewan Solat Masjid Sultan

Location

Sultan Mosque

3 Muscat Street, Singapore 198833

Organisers

Masjid Maarof

Speakers

Ustaz Ahmad Lutfi al Linggi, Ustaz Muhammad Faisal Muhammad Ayub, Habib Hassan Al-Attas

Comments



Our platforms