Ceramah Bicara Rumahtangga: "Ada Wang Abangku Sayang, Tiada Wang Abang Melayang"
Ceramah ini akan mengupas isu-isu berkaitan kewangan, kasih sayang dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Kebelakangan ini, kadar penceraian masih di tahap yang membimbangkan.
Menurut statistik, perkahwinan pasangan muda Muslim dalam jangka masa 5 tahun ke bawah dan 5 hingga 9 tahun di Singapura pada tahun 2012 adalah paling ramai iaitu 56 peratus secara keseluruhan.
Punca perceraian banyak melibatkan soal kewangan, ketidak persefahaman, perselingkuhan dan banyak lagi.
Persoalan-persoalan yang akan dibincangkan ialah,
adakah wang segala-galanya dalam hidup berumahtangga? Adakah wang sahaja punca kebahagiaan atau keretakan rumahtangga? Bagaimana mengekalkan cinta & kasih sayang dalam rumahtangga?
Semuanya akan dikupas dalam ceramah ini.
Details
Masuk Percuma.
Pengacara Majlis Ustaz Abdussalam Ekhsan.
Bacaan Selawat oleh Ustaz Rohmani Arwani.
Ceramah Bicara Rumahtangga: "Ada Wang Abangku Sayang, Tiada Wang Abang Melayang" oleh Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood (Pengacara Program Semanis Kurma TV9, Malaysia).
Booth Wakaf Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang) dibuka bermula sebelum Maghrib.
Jualan-jualan amal & makanan.
Untuk maklumat lanjut
lungsuri:-
http://www.mhms.org.sg
http://www.facebook.com/hjmohdsalleh245
Emel: [email protected]
Comments