Ceramah "Bid'ah Dibanteras.. Sunnah Diperjelas.."


Ceramah Ilmiah
"Bid'ah Dibanteras.. Sunnah Diperjelas.."
Penceramah: Ustaz Hidayat Radja Nurul Bahri
Tarikh: Sabtu, 30 November 2013
Masa: Selepas Solat Isyak Berjamaah
Tempat: Pusat Muhammadiyah, 14 Jalan Selamat
Adakah dengan membanteras Bid'ah kita sama sekali telah memperjelaskan Sunnah? Atau mungkin dengan memperjelaskan Sunnah kita akhirnya berjaya membanteras Bid'ah? Justeru mana satu di antara dua perkara ini yang lebih utama? Sememangnya persoalan ini perlu diteliti oleh kita semua yang ingin menegakkan kemurnian Islam. Memahami hakikat Sunnah dan Bid'ah serta mempelajari metodologi dakwah yang betul akan memberikan kita kematangan dalam menyampaikan kebenaran. Dalam sebuah Hadis riwayat Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: "Permudahkanlah dan Jangan Menyusahkan, Gembirakanlah dan Jangan Menakutkan."
Persatuan Muhammadiyah menjemput anda semua beserta keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai untuk menghadiri ceramah ini dalam rangka meraih manfaat ilmu dan mengeratkan tali silaturrahim..
Semoga Allah s.w.t memberkati dan menerima segala amal sholeh yang kita lakukan..
Location
Muhammadiyah Association
14 Jalan Selamat, Singapore 418534
Organisers

Muhammadiyah is a non-profit Islamic Organization that practice the teaching of Islam based on the H...