Forum 'Assalamualaikum.. Lambang persaudaraan dan kasih sayang..'
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda ”Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan tidak pula sempurna imanmu sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain. Mahukah daku tunjukkan pada kamu semua satu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu ” (HR Muslim)
Hadis ini menerangkan tentang kepentingan penyebaran salam sesama muslim. Namun begitu, amalan ini sepertinya jarang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam Singapura pada masa ini. Dengan keadaan hidup yang penuh dengan tekanan serta permasalahan internal masyarakat Islam yang saling bercakaran, maka mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain merupakaran perkara terakhir yang ingin dilakukan. Sunnah yang mengajak kita kepada kesejahteraan di dunia dan akhirat akhirnya dilupakan.
Forum ini akan membincangkan tentang kepentingan memberi salam sesama muslim serta manfaat yang terhasil daripada pengamalan sunnah ini, iaitu tererat ikatan kasih sayang serta ganjaran syurga yang dijanjikan Allah. Seterusnya membincangkan tentang permasalahan yang menghambat orang Islam untuk memberi salam kepada saudara mereka.
Marilah hadir ke Masjid En-Naeem bersama keluarga dan teman untuk kita bersama menghidupkan kembali amalan bersalam-salaman sesama kita..
Location
En Naeem Mosque
120 Tampines Road, Singapore 535136Organisers
Muhammadiyah is a non-profit Islamic Organization that practice the teaching of Islam based on the H...
Comments