Seni & Quran: Terokai Seni Suara, Lukisan dan lain-lain menerusi lensa Al-Quran. (4 sesi)
Muzik & lukisan serta seni yang membentuk masyarakat terdahulu
Dalam kursus 4 sesi ini anda akan pelajari seni yang telah disebut didalam Al-Quran seperti, seni muzik, lukisan dan lain-lain. Anda juga akan didedahkan dengan bentuk-bentuk seni yang telah dibudayakan oleh masyarakat malah sejak kaum-kaum terdahulu lagi.
Details
Apakah yang akan anda pelajari?
Perkongsian 4 sesi ini akan menyentuh beberapa ayat-ayat suci Al-Quran yang membicarakan topik perbincangan dibawah:
1. Apa itu seni menurut bahasa dan istilah?
2. Keindahan dalam konsep Al-Quran
3. Membicarakan secara asas mengenai lukisan, pahat & patung
4. Seni suara & musik serta kaitannya dengan Al-Quran
5. Seni dalam konteks pemahaman Islam
Tenaga Pengajar:
- Ustaz Hidayat Ismail
Seorang ketua pendidikan Islam di Syukran. Beliau merupakan graduan Universiti Umm Al-Qura, Makkah. Mempunyai sikap ingin tahu, kreatif dan berani mencuba membuatkan beliau mempunyai teknik dan penyampaian yang unik serta mudah difahami.
- Shahib Amin
Shahib merupakan ketua kreatif di Syukran. Kemahirannya dalam memberi pendekatan moden serta mudah difahami memberi reputasi beliau sebagai seorang pakar dalam reka–bentuk grafik terhadap pendidikan Islam.
Organisers

We are committed to bring the best experience in Islamic Knowledge for the Muslims, through the use ...