Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 Zuhur 13:04 Asar 16:22
26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:18
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3376

FORUM PERDANA '12 - BICARA UMMAH: Islam itu Indah... Jika Disulami Dengan Iman, Ilmu, Ihsan & Islah

[Event has ended]
Sat, 29 December 2012, 7.00 mlm - 11.00 mlm | Malay
Shaw Towers
Ustaz Dr Firdaus Yahya Al-Hafiz, Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied, Ustaz Irwan Hadi Shuhaimy, Prof Madya Dato Dr Asri Zainul Abidin

forum

Fees: $15

Forum Perdana '12 merupakan acara kemuncak bagi penutup tirai tahun 2012.

Ia bertujuan membincangkan keindahan agama Islam berasaskan iman, ilmu, ihsan & islah (4I) yang ibarat satu komponen dalam satu tubuh badan yang tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain. Hasil perbahasan & rumusan bakal memberi kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya elemen 4I dalam diri seorang insan tidak kira darjat & kedudukan bagi memikul tanggungjawab sebagai agen perubahan.

Oleh itu, adalah penting baginya untuk melengkapkan diri dengan asas pengetahuan yang mesti ada dalam bidang-bidang tertentu, dikuatkan lagi dengan kefahaman agama yang jitu untuk menjadi salah seorang pemangkin kepada perubahan ke arah kebaikan menerusi latihan yang berterusan.

Akhirnya, maka akan meningkatlah keyakinan diri dan keimanan kepada Tuhan dengan Al-Quran sebagai pedoman, as-Sunnah sebagai tuntutan & kisah sahabat sebagai teladan.

Sinopsis:

- Penjelasan tentang keindahan agama Islam secara umum menurut dalil-dalil Al-Quran & as-Sunnah

- Mengupas secara umum kaitan antara Islam, Iman, Ilmu, Ihsan & Islah dengan dalil-dalil Al-Quran & as-Sunnah serta pandangan para fuqaha'

- Contoh-contoh dalam sejarah Islam mulai dari Nabi Muhammad s.a.w., Sahabat & Tabi'in & Tabi al-Tabi'in yang mengaplikasikan Iman, Ilmu, Ihsan & Islah dalam kehidupan

- Penerangan bagaimana seorang Islam boleh mengamalkan dan mengaplikasikan sifat 4I dalam kehidupan harian mengikut keadaan tempat & kemampuan diri masing-masing

- Penerangan makna Islam itu indah & mudah bagi mereka yang mengenal benar-benar akan ajarannya & dapat mengamalkan segala suruhannya dengan hati terbuka

- Kisah-kisah Sahabat yang boleh dijadikan teladan untuk generasi kita hari ini agar menjadi insan cemerlang di masa akan datang

- Penerangan apakah ciri-ciri seorang hamba untuk menjadi ejen perubahan ke arah kebaikan masyarakat dan umat

- Penjelasan bentuk perubahan ke arah kebaikan bersifat umum yang dimahukan oleh Islam, tidak tertakluk kepada manusia sahaja malah seluruh alam. Itulah matlamat risalah Islam. (Dr. Syed)

- Kesimpulan dan rumusan. Islam dan (4I) tidak boleh dipisahkan, Umat Islam harus bersedia melakukan perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai matlamat kebaikan dunia dan mendapat mardhatillah di akhirat

- Islam tidak akan tertegak dengan kekuatan kata-kata semata akan tetapi ianya dapat ditegakkan dengan kekuatan iman, ilmu dan amal

Majlis turut diserikan dengan:

- Alunan Doa, Zikir & Selawat bersama
Imam Muda Mujahid Suhaimi
Finalis Program Realiti Imam Muda Musim Ke-2 ASTRO OASIS

bersama gandingan IMAM-IMAM MUDA MASJID ASSYAKIRIN

- Qari Md Sadid Abd Latif
- Qari Md Farid Yaacob
- Qari Muhammad Mustafa
- Ust Muhd Syahid Abd Latif

- Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh
Qari Md Sadid Abdul Latif
Johan Tilawah Kebangsaan Singapura 2009 & 2011

- Pesembahan Nasyid & Zikir Terapi Diri oleh
Hafiz Hamidun, Artis Nasyid Malaysia
(Album Pop Nasyid Terbaik 2007)

Ahli Panel terdiri daripada para asatizah mapan & cendekiawan berikut :

1. Ust Dr Firdaus Yahya Al-Hafiz
Ahli Jawatankuasa Fatwa, MUIS
Pengasas & Pengurus Pusat Pendidikan Darul Huffaz
Ahli Jawatankuasa Fatwa, MUIS

Pendidikan:
B.A. Bidang Bahasa Arab dan Sastera dari Universiti Al-Azhar di Mesir

M.A. Al-Quran dan Hadis Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia

PhD di International Institute for Islamic Thought and Civilisation (ISTAC)& thesisnya bertajuk 'Cosmic Creation Theory According to al-Quran and Sunnah'

2. Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Pensyarah Universiti Sains Malaysia
Mantan Mufti Perlis

PENDIDIKAN FORMAL:
B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
M.A Pengajian Islam USM
Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.

Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas 'ala al-Dawabit wa al-Ma'ayir.

Fellowship di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, United Kingdom


3. Dr Syed Khairudin Aljunied
Penolong Profesor di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Nasional Singapura (NUS)

PENDIDIKAN FORMAL
BA Hons (2nd Upper)
MA (National University of Singapore)
PhD (School of Oriental and African Studies), UK

4. Ust Irwan Hadi Shuhaimy (Moderator)
Ketua Pejabat Mufti, MUIS
Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, MUIS

PENDIDIKAN FORMAL
(B.A) di Universiti Al-Azhar, Mesir
Meraih LLM (Distinction) in Law School of Oriental & African Studies university of London

Details

Sabtu, 29 Disember 2012
7.00 malam - 11.00 malam
Oditorium @ Shaw Tower
#03-01, 100 Beach Road S189702
(MRT berhampiran: Bugis, City hall & Esplanade)

Tiket-tiket $15 seorang boleh didapatkan di kaunter Masjid Assyakirin (Cyber Corner):

550 Yung An Road Singapura 618617
Tel: 6268 1846 atau
SMS FP2012 kepada 9617 1003
Atau daftar ONLINE di http://goo.gl/Sq0uS

Mulai 1 Disember 2012, tiket-tiket juga boleh dibeli di kaunter-kaunter berikut:

- Masjid Al-Mukminin
271 Jurong East St 21 S609603 Tel: 6567 7777

- Masjid Al-Muttaqin
4150 Ang Mo Kio Ave 6 S569804 Tel: 6454 7472

- Masjid An-Nur
6 Admiralty Road S739983 Tel: 6363 1383

- Masjid Al-Khair
1 Teck Whye Crescent S688847 Tel: 6760 1139

- Muzika Records
Joo Chiat Complex #01-1031, 1 Joo Chiat Road S420001 Tel: 9669 9082 (En Salleh)

Bas ulang-alik akan disediakan ($5 seorang) dari Stesen-stesen MRT berikut:

- Boon Lay MRT
- Tampines MRT
- Woodlands MRT
(sekiranya ada permintaan ramai)

Untuk keterangan lanjut, sila lungsuri lelaman kami di www.assyakirin.sg atau
hubungi kami di 6268 1846 / 9617 1003

Location

Shaw Towers

100 Beach Road, Singapore 189702

Organisers

Masjid Assyakirin (Mosque)

Assyakirin Mosque was first built and declared open in 30th April 1978. Its mission is to serve...

Speakers

Ustaz Dr Firdaus Yahya Al-Hafiz, Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied, Ustaz Irwan Hadi Shuhaimy, Prof Madya Dato Dr Asri Zainul Abidin

Comments



Our platforms