Forum - "Wanita Muslimah Terakhir"
Fees: Tiada bayaran
Keperibadian mereka merupakan warisan indah yang tidak lagi diambil kira. Semangat mereka kelihatan sebagai sebuah peninggalan yang hampir pupus dari dunia. Di zaman kegemilangan Islam, Para Ummahatul Mukminin dan Sahabiyyat telah menjadi simbol yang unggul untuk para wanita. Sekarang, mereka hanya tinggal nama dalam sejarah. Wanita Muslimah Terakhir… Adakah benar-benar mereka ialah yang terakhir?
Forum ini akan membincangkan tentang keperibadian muslimah yang sebenarnya dengan bersandarkan kepada peribadi para Isteri Rasulullah s.a.w dan para Sahabiyyat serta membicarakan tentang peranan mereka dalam Islam. Seterusnya, meneliti permasaalahan muslimah zaman sekarang serta kerelevanan untuk mereka mencontohi para muslimah unggul yang terdahulu.
Ustaz Kamaruzaman Afandi dan Ustazah Nurul Izzah Khamsani selaku ahli panel serta Ustaz Muhmmad Hidayat Ismail selaku moderator akan membincangkan topik ini.
Details
Forum dibuka kepada masyarakat umum. Tiada bayaran dikenakan.
Walaupun topik agak kewanitaan, namun kehadiran kaum lelaki sangat digalakkan. Insyaallah dapat dimanfaatkan oleh semua belah pihak.
Datanglah beramai-ramai! :)
Location
Alkaff Kampung Melayu Mosque
200 Bedok Reservoir Road, Singapore 479221Organisers
Muhammadiyah is a non-profit Islamic Organization that practice the teaching of Islam based on the H...
Comments