Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
8 May 2024 - 29 Syawal 1445 Syuruk 6:57 Zuhur 13:03
8 May 2024 - 29 Syawal 1445 | Subuh 5:36 | Syuruk 6:57 | Zuhur 13:03 | Asar 16:24 | Maghrib 19:07 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1945

Muzakarah Ilmiah ke-6 - "Arah Tuju Masyarakat Islam Singapura: Dahulu, Kini dan Ke Hadapan"

[Event has ended]
Sat, 28 April 2012, 9.30 a.m - 1.00 p.m | Malay
Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied, Dr Kamaludeen Mohd Nasir

muzakarah

Fees: Tiada bayaran

Sinopsis:

Sepanjang kehadiran mereka di tanah Singapura, Masyarakat Islam telah menghadapi berbagai cabaran dari segi pengamalan Islam yang terhad dan kemasukan-kemasukan dalaman dan luaran yang menjejas tata cara hidup mereka.

Dalam pada itu, kita tidak boleh menafikan bahawa Masyarakat Islam Singapura telah berjaya menunjukkan bahawa mereka mampu bersaing dalam mengharungi era perubahan serta dalam masa yang sama mempertahankan hak asasi mereka.

Program Muzakarah Ilmiah kali ini akan membincangkan tentang arah tuju Masyarakat Islam Singapura dari permulaan tarikh mereka hingga kini dan seterusnya apa yang patut diusahakan dalam melangkah ke hadapan. Dr. Syed Muhd Khairudin Aljunied dan Dr. Kamaludeen Mohamed Nasir, penulis bersama buku “Muslims As Minorities: History and Social Realities of Muslims in Singapore” akan mengupas dan memberikan pandangan mereka tentang perkara ini.


Tentang Muzakarah Ilmiah:

Muzakarah Ilmiah adalah program yang menampilkan perbincangan wacana yang diketengahkan oleh para ilmuwan dan juga asatizah dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam berdialog secara ilmiah dengan sifat berlapang dada dan penuh etika.

Program anjuran Jabatan Dakwah Persatuan Muhammadiyah ini telah mula berlangsung pada awal tahun 2011 dengan menampilkan beberapa wacana seperti “Islam Seragam vs Islam Pelbagai” dan “Fiqh Kontemporari Di Singapura” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan, “Memperbetulkan minda mendidik” yang disampaikan oleh Encik Abdul Halim Abdul Karim dan "Kesesuaian Pemahaman Tajdid Mengikut Konteks Umat Islam Singapura" oleh Mufti Singapura, Sahibus Samahah Dr. Mohamad Fatris Bakaram.





Details

Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja.

Tiada bayaran dikenakan.

Asatizah, ahli akademik, Pelajar tingkatan tinggi, Mahasiswa serta mereka yang peka terhadap topik ini digalakkan untuk hadir.

Untuk mendaftarkan diri, anda perlu menghantarkan nama penuh dan nombor telefon kepada [email protected] atau sms ke no 91048747.

Location

Muhammadiyah Association

14 Jalan Selamat, Singapore 418534

Organisers

Muhammadiyah Association

Muhammadiyah is a non-profit Islamic Organization that practice the teaching of Islam based on the H...

Speakers

Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied, Dr Kamaludeen Mohd Nasir

Comments



Our platforms