Bicara Keluarga Kerana Dirimu Sangat Berharga
Fees: Free
Menerbar Kasih Sayang & Rasa Hormat Dalam Keluarga.
Details
APAKAH erti kasih sayang dan rasa hormat?
Sedang ia menjadi keperluan asas manusia dan penyatu keluarga, perlu ada rasa hormat terhadap diri sendiri, ibu bapa dan pasangan masingmasing.
Di atas keinginan melihat kasih ditebar dalam menjana keluarga bahagia, maka Unit Muslimah Masjid Al-Khair menganjurkan sesi ceramah Bicara Keluarga dengan tajuk Kerana Dirimu Sangat Berharga pada Sabtu, 4 Februari ini.
Ceramah yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Khair ini akan dikendalikan pasangan suami isteri dan pakar motivasi dari seberang tambak, Encik Zilhaimi (Zeal) Datuk Zainuddin dan Cik Murshidah Said.
Encik Zilhaimi adalah jurulatih utama M & Z Empowerment Center di Malaysia dan Singapura.
Siswazah ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan kepujian Kelas Dua Atasan dari Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ini mempunyai pengalaman membantu ramai mengatasi cabaran kehidupan dengan penggunaan kaedah prinsip pembelajaran pecutan (accelarated learning).
Cik Murshidah adalah penceramah bebas dan penasihat dandanan rapi, imej korporat dan proses memperkasa diri individu dan syarikat-syarikat. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Sastera dalam pengkhususan Ekonomi dan Sosiologi dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Menurut Ketua Unit Muslimah Masjid Al-Khair, Cik Salmah Mansor, pihaknya menganjurkan acara itu untuk menyebarkan tentang kepentingan dan kebaikan memupuk dan menebar rasa sayang dan hormat kepada seramai orang yang mungkin.
\\\'Membimbing masyarakat ke arah kasih sayang adalah kunci kebahagiaan dan meningkatkan kerohanian. Ini selaras dengan Konvensyen Masjid 2011, di mana strategi yang disarankan adalah \\\'merubah kehidupan\\\', meningkatkan kerohanian dan membimbing masyarakat.
\\\'Memupuk nilai kasih sayang serta rasa hormat-menghormati antara satu sama lain adalah puncak kejayaan sesebuah keluarga.
\\\'Nilai ini semakin pupus di dalam masyarakat Melayu hari ini. Dengan pupusnya nilai kasih sayang dan rasa hormat, maka terjadilah masalah yang sukar dibendung, lalu kehancuranlah yang menakluki keluarga terbabit,\\\' ujar Cik Salmah.
Rasa sayang dan hormat merupakan keperluan emosi yang datang secara semula jadi dalam diri manusia. Apabila seseorang itu menyayangi dirinya sendiri, dia akan menghormati setiap benda dan setiap orang di muka bumi ini.
\\\'Sebelum kita menyayangi dan menghormati orang lain sepenuhnya, kita harus bermula dengan menyayangi dan menghormati diri kita sendiri.
\\\'Hasilnya sangat menakjubkan kerana hubungan kekeluargaan kita menjadi lebih rapat dan bertambah baik. Ini ditebar di dalam dunia pekerjaan dengan peranan seorang ketua itu akan menjadi lebih memuaskan,\\\' jelasnya.
Location
Al-Khair Mosque
1 Teck Whye Crescent, Singapore 688847Organisers
Alkhair Mosque was founded in the early 60’s. It aims to develop Mukmin able to contribute to ma...
Speakers
Murshidah Said is an international speaker and adviser of personal transformation, grooming, corpora...
Comments