Close
Menu
LoginRegister Submit Information
14 Dec 2019 - 17 RabiulAkhir 1441 Ishak 20:16 Subuh 5:35
14 Dec 2019 - 17 RabiulAkhir 1441 | Subuh 5:35 | Syuruk 6:59 | Zuhur 13:01 | Asar 16:25 | Maghrib 19:02 | Ishak 20:16
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3700
RSVP your attendence
Login to RSVP

Bersama Mu..Kini & Selamanya: Kursus Untuk Bakal Mempelai

[Event has ended]
Sat, 18 June 2011, 9:00 pagi -5:30 petang | Malay
Assyakirin Mosque - Auditorium Level 2
Pensyarah ROMM

marriage course, roles and responsibilities, communication, intimacy, financial

Fees: $130 seorang, termasuk makan tengahari, jamuan teh pagi & petang, sijil & nota

Kursus interaktif 14-jam untuk mempersiapkan bakal mempelai mengharungi rumahtangga bahagia & membimbing peserta cara menangani isu-isu yang bakal dihadapi sebagai suami isteri. Para ibu bapa juga dijemput hadir pada hari kedua untuk mengeratkan hubungan antara mertua & menantu. Menerusi videoklip, perbincangan secara kumpulan mahupun berpasangan dan pelbagai aktiviti lain, peserta diajak meneliti isu-isu:

- Peranan & tanggungjawab suami isteri

- Komunikasi, konflik rumahtangga

- Seks & keintiman

- Merancang keluarga & kewangan

- Meningkatkan keharmonian rumahtangga

Apa kata para peserta ?

“Syabas, sungguh berkesan, pendidik memberi kelas yang hebat…”

“Pelatih-pelatih menggunakan humour dalam menyampaikan isu-isu sensitif/berat.
“Ianya membuka mata saya akan perkara-perkara yang amat remeh-temeh tetapi penting untuk kami berwaspada semasa sudah bernikah”

“Saya gemar apabila topik Seks dan keintiman dibincang dengan Al-Quran & Hadith. Pendidik juga memberitahu pentingnya berdoa bila berjumpa suami isteri pandang pertama & berintim. Alhamdulillah saya dapat mempelajari ilmu tersebut.”

Modul-modul dalam kursus ini akan disampaikan oleh para penceramah terkemuka:

1. Ust Muhd Saiful Alam Shah Bin Sudiman
Imam Eksekutif Masjid Kassim & Naib Kadi, ROMM
Beliau telah bergiat di dalam bidang program pembelajaran keluarga dari 2005 dan gemar membaca buku mengenai Sains dan Islam, serta isu-isu kontemporari, pernikahan dan pendidikan ibubapa.
Beliau berpendapat bahawa ” Keluarga ialah aset yang paling berharga setelah keimanan dan kesihatan .”

2. Puan Masturah Bidin
Pensyarah Bebas dan Family Life Educator
Beliau telah berkecimpung di dalam program pendidikan keluarga semenjak 1990. Pada waktu lapang, beliau gemar mempertingkatkan diri beliau dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual dengan membantu individu-individu merealisasikan impian mereka.
Beliau berpendapat bahawa “Keluarga ibarat menanam benih, yang memerlukan ikhtiar, masa dan sumber untuk membesar, sebelum ianya dapat menjadi pohon yang besar dan kuat yang dapat memberikan hasil yang baik dan perlindungan kepada orang lain.

3. Ust Abdul Jalil Bin Abdul Razak
Pegawai Eksekutif Kanan, Mahkamah Syariah, MCYS
Beliau telah memberikan ceramah mengenai kursus persiapan rumahtangga semenjak 1998 dan gemar mengembara serta menghabiskan waktu lapang bersama keluarga pada waktu lapang.
Beliau berpendapat bahawa “Hidup itu hebat ; keluarga ialah nikmat; pekerjaan ialah satu cabaran.”

4. Puan Siti Adilah Abu Bakar
Pengarah, APKIM Resources
Lembaga Pentadbir, ACOSS
Beliau telah memimpin Kursus Persiapan Rumahtangga yang khusus, kaunseling keluarga, program pendidikan keluarga, consultant untuk khidmat kewangan dan perumahan sejak 2000 dan gemar membaca pada waktu lapang.
Beliau berpendapat bahawa “Keluarga ialah tunggak keutuhan.”

5. En Abdul Halim Aliman
Pengarah (Pembangunan Masyarakat), Yayasan Mendaki
Beliau telah lama berkecimpung dalam bidang kekeluargaan dan pembangunan masyarakat serta merupakan anggota Lembaga Pengiktirafan untuk Pekerja Sosial dan Pengamal Perkhidmatan Sosial. Beliau berpendapat bahawa “Keluarga merupakan unit pertama dan utama untuk memastikan anak-anak yang berjaya. Ketua keluarga mesti memberikan kepimpinan kepada anggota keluarganya untuk merealisasikan visi, misi dan matlamat bersama.”

Kursus ini disokong oleh: ROMM, MCYS & MUIS

* Informasi penceramah akan berubah mengikut jadual dan keadaan. Pendaftaran hanya sah sekiranya pembayaran dibuat selewat-lewatnya 3 minggu selepas pendaftaran.

Untuk pendaftaran sila ke lelaman kami di www.assyakirin.sg atau hubungi kami di 6268 1846

Details

Masjid Assyakirin
Centre for Islamic Civilisation: Towards a 21st Century Islamic Renaissance

550 Yung An Road S618617
Tel: 6268 1846 Fax: 6268 9725
E-mail: assyakirin@assyakirin.mosque.org.sg

For the latest updates, please visit our website at www.assyakirin.sg

Subscribe to our Assyakirin SMS Updates:
SUB , < NRIC> and< e-mail address>
TO 8131 7696

For the latest updates,

Join us on FACEBOOK at http://www.facebook.com/assyakirin.icc

Follow us on TWITTER at
http://twitter.com/MsjidAssyakirin

View our Videos on YOUTUBE at
http://www.youtube.com/user/AssyakirinMosque

Organisers

Masjid Assyakirin (Mosque)

Assyakirin Mosque was first built and declared open in 30th April 1978. Its mission is to serve...

Speakers

Pensyarah ROMM

Comments



Our platforms