Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Zuhur 13:04 Asar 16:22
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 4804

Seminar: Untaian Mutiara buat Rasulullah s.a.w Membina Kefahaman dan Penghayatan Mawlid

[Event has ended]
Sun, 28 February 2010, 10am-4pm | Malay
Raudhotul Muhibbin

Fees: Pelajar - $20 Dewasa - $35

Setiap kali bulan Rabiul Awal menjelang, acara-acara bacaan mawlid akan dianjurkan di masjid-masjid, kolong blok, rumah-rumah dan tempat lain. Namun, apakah sebenarnya pengertian di balik amalan mawlid?

Seminar ini bertujuan untuk menyingkap pengertian mawlid daripada beberapa sudut dengan harapan agar ia dapat membina kefahaman dan penghayatan terhadap amalan mawlid. Di samping itu, ia bertujuan membangkit cinta terhadap Rasulullah s.a.w dengan peringatan terhadap kelahirannya yang melahirkan kemanusiaan yang sebenar-benarnya dan juga menjadikan baginda s.a.w contoh buat setiap manusia.

Dengan kesedaran terhadap perkara yang akan dibentangkan, ia berupaya menjadikan mawlid dan seterusnya kehidupan ini, sebuah untaian mutiara buat Rasulullah s.a.w dalam usaha mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Details

Pensyarah Undangan:

Ustaz Ahmad Lutfi al-Linggi (Malaysia)
Tajuk: Sejarah dan Perkembangan Mawlid di Nusantara

Habib Hasan al-Kaf (Indonesia)
Lulusan Darul Mustafa, Yaman
Tajuk: Menyingkap Makna Mawlid Simtur Duror karangan Habib Ali al-Habsyi

Habib Ali al-Haddad (Yaman)
Lulusan Darul Mustafa, Yaman
Tajuk: Menyedari Keberkahan dan Hakikat Mawlid

Seminar akan dibuka dan ditutup dengan bacaan mawlid bersama.

Waktu dan Tempat:
28 Februari 2010
10 pagi – 4 petang
Auditorium Masjid Almukminin

Bayaran:
Pelajar - $20
Dewasa - $35
Bayaran termasuk makanan tengahari dan nota.

Pendaftaran boleh di lakukan di WardahBooks (58 Bussorah st) tel 62971232 atau di Manzil Mustafa (#02- 29, Golden Landmark, Victoria Street)Anda boleh mendaftarkan diri secara online dengan pembayaran menerusi Paypal. di www.raudhotulmuhibbin.com

Maklumat lanjut mengenai para pensyarah undangan dan juga seminar ini serta acara lain anjuran Raudhotul Muhibbin boleh di dapati di laman web kami di www.raudhotulmuhibbin.com atau email [email protected]

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Khalid - 90687106, Muhsin - 91380014 atau Saudara Khairool - 93377855

Anjuran: Majlis Raudhotul Muhibbin Singapura www.raudhotulmuhibbin.com

Di sokong oleh - Sout Ilaahi, Kios Manzil Mustafa dan Wardah Books

Biografi:

Habib Ali al Haddad:
Habib Ali al-Haddad di lahirkan di Seiwun, Hadramawt. Beliau merupakan seorang lulusan daripada Universiti Sana'a, Yaman. Beliau juga pernah menuntut di dua institusi pengajian Islam yang terkenal di Yaman iaitu Rubat Tarim dan juga Darul Mustafa. Beliau dan Habib Kazim Assegaf adalah murid awal kepada Habib Umar bin Hafidh Beliau dilantik sebagai Pengarah Pengajian Islam di Hadramaut, Yaman pada tahun 1994 sehingga tahun 1997. Kini, beliau menetap di Jakarta, Indonesia dan telah dilantik sebagai Pengarah, Darul Mustafa, Jakarta, Indonesia.

Habib Hasan al Kaf
Habib Hassan al Kaff dilahirkan di Surakarta, Solo. Pada usia yang muda, beliau sudah belajar di beberapa pesantren di Jawa. Pada tahun 1996, beliau ke Hadramaut, Yaman untuk meneruskan pengajiannya di Darul Mustafa di bawah bimbingan Habib Umar bin Hafiz selama 6 tahun. Setelah beliau kembali ke tanah airnya, beliau mula mengajar di beberapa pasantren di Jawa Tengah. Habib Hassan dikenali sebagai seorang munshid. Beliau sering membaca qasidah termasuk burdah dan mawlid dibanyak acara termasuk acara di Masjid Riydh, Solo, bersama Allahyarham Habib Anis bin Alwi al Habsyi. Suara merdunya menarik perhatian para pendengar seluruh dunia terumatanya menerusi album 'Qasidah Burdah'nya. Kini, beliau menetap di Malang, Jawa Timur.

Ustaz Sidi Lutfi al Linggi
Ustaz Lutfi dilahirkan di Linggi, Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau sejak dari kecil sudah belajar ilmu agama. Beliau adalah lulusan Universiti Sultan Toha Saifudin Jambi, Indonesia. (2001-2005) Ijazah Sarjana Muda (Syariah) Kepujian. Beliau juga belajar di Mesir selama 2 tahun dan ketika di Hadramawt untuk Ziyarah Maqam Awliyah, Habib Umar bin Hafiz mengundang beliau untuk belajar dengan beliau selama beliau di sana. Beliau telah menulis banyak kitab kitab seperti

1. Kesan-kesan Peninggalan Rasulullah S
2. Menjejaki Maqam Ahli Bait Di Mesir
3. Mendekati Ulama' dan Para Wali Allah Di Mesir
4. Warisan Pedang Rasulullah S Dan Para Sahabat
5. Doa Dan Amalan Di Bulan Rejab, Sya'aban dan Ramadhan
6. Doa-doa Harian Rasulullah S
7. Doa Ziarah Di Maqam Rasulullah S
8. Biografi Bercahaya Sayyiduna Muhammad Rasulullah S
9. Menziarahi Kekasih Allah Di Hadhramaut Yaman
10. Doa-doa Untuk Para Imam
11. Qosidah al Burdah Imam al Busairi
12. Doa-doa Untuk Arwah Ibu Bapa
13. Doa-doa Harian Untuk Pelajar
14. Biografi Sayyid Ahmad al Badawi
15. Manaqib Sayyiduna Husain
16. Ramadhan Peperangan Badar al Kubra
17. Surah Yaasiin dan Tahlil
18. Bacaan Surah Yaasiin dan Doa-doa Amalan Penjagaan Di Dunia dan Di Akhirat

Location

Al-Mukminin Mosque

271 Jurong East Street 21, Singapore 609603

Organisers

Raudhotul Muhibbin

Raudhotul Muhibbin is the platform of Ahlus sunnah Wan Jemaah and the home for all turuqs. Raudho...

Speakers

Habib Ali al Haddad

Habib Ali al-Haddad was born in Seiwun, Hadramaut. He is a graduate from the University of Sana'a, Y...

Habib Hasan al Kaff

Habib Hassan al Kaff was born in Surakarta, Solo. During his youth, he studied in several Pesantren ...

Ustaz Sidi Lutfi

Ustaz Lutfi was born in Linggi, Negeri Sembilan, Malaysia. He has been studying theology since young...

Comments



Our platforms