Pergolakan Minda Umat Islam
Fees: Hanya $50.00 setiap peserta (termasuk kertas kerja, jamuan & doorgift) Daftar secara berkumpulan (5 org atau lebih) dan bayar hanya $45 setiap peserta! Pelajar menikmati harga istimewa sebanyak $35 sahaja!
Dewasa ini kita dapati masyarakat Islam kian dihadapkan dengan pelbagai gejala merbahaya yang mengancam aqidah, moral dan juga pemikiran.
Jika suatu masa dahulu ancaman ajaran sesat pernah menjadi kekhuatiran, kini, tidak kurang dari bahaya serupa, kemunculan aliran-aliran fahaman baru seperti Islam Liberal menggugat kesucian agama kita.
Pada sudut yang lain pula, keruntuhan moral khususnya di kalangan muda-mudi Islam hari ini kian membimbangkan. Tren-tren barat dan pengaruh media massa kian berleluasa dan mendarah-daging dalam kehidupan seharian kita. Penjajahan jiwa dan minda Umat Islam semakin parah dan berleluasa.
Dari sudut pemikiran juga, kita didedahkan dengan konsep ilmu yang kurang holistik. Apakah sebenarnya pengertian ilmu dari pandangan Islam.
Sejauh mana tahap kesedaran kita terhadap berbagai fenomena yang mengasak hari ini? Apakah perisai kita untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada kekeliruan sedemikian?
Sama-samalah kita mengikuti seminar ini untuk mengupas isu-isu semasa yang melanda Umat akhir zaman ini!
Kertas-Kertas Kerja:
1. Muslim Liberal Mempertuhankan Akal?
2. Memperjuangkan Hak Asasi Manusia dari Perspektif Muslim Liberal
3."Ilmu Ukhrawi ≠ Ilmu Duniawi". Salah Interpretasi Ilmu.
4."Fenomena Pembaratan: Suatu Penyesuaian atau Peniruan?"
5."Penularan Budaya Hedonisme Melalui Media Massa"
Details
Seminar M.W.T.I kini kembali lagi kali ini dengan Tajuk " Pergolakan Minda Umat Islam" - menyentuh tentang hal-hal berkenaan Muslim Liberal, pengaruh pembaratan dan Media Massa.
Ayuh tunggu apa lagi?! Untuk maklumat lanjut sila muatturun poster dan borang penyertaan.
Segala pertanyaan boleh diajukan kepada saudari Raihana di talian 6741 0131.
Pensyarah-pensyarah Undangan:
1.Prof Madya Dr Fauzi Bin Deraman,
Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
B.A (dengan Kepujian), Yayasan Pelajaran Tinggi Islam, Nilam Puri
B.A Bahasa Arab, Universiti Imam Muhammad Ibn Sa'ud, Riyadh, Arab Saudi
M.A Universiti Imam Muhammad Ibn Sa'ud, Riyadh, Arab Saudi
PhD Universiti Malaya
2. Dr Khalif Muammar A. Haris
Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
B.A. Shari'ah dan Pengajian Islam, Universiti Mu'tah, Jordan
M.A. dan Ph.D. Tamadun Islam, ISTAC, UIAM
3. Ust. Nazeerah binte Shaik Alwie
BA Usuluddin (dengan Kepujian), Takhassus dalam Pengajian Quran dan Tafsir, Universiti Al-Azhar, Kahirah, Mesir.
MA Usuluddin (dengan Kepujian), takhassus dalam Dakwah Islam, Universiti Terbuka Amerika, Kahirah, Mesir.
Untuk Siapa?
Seminar ini bertujuan memupuk kesedaran bagi barisan asatizah, pemimpin-pemimpin belia, golongan mahasiswa, para pelajar institusi pengajian tinggi, ibu-bapa dan juga masyarakat umum setempat.
Bila dan Di Mana?
Tarikh & Masa: Sabtu, 8.00pg - 5.00ptg & Ahad, 8.00pg - 3.30ptg
Tempat: Dewan Serbaguna Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah
Location
Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah
589 Sims Avenue, Singapore 387600Organisers
Speakers
Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya B.A (dengan Kepujian), Yayasan Pelajaran Tingg...
Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia B.A. Shari'ah dan...
Nazeerah Shaik Alwie is an alumna of Alsagoff Arabic School, where she completed her GCE O Levels a...
Comments