Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 Syuruk 6:59 Zuhur 13:05
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:59 | Zuhur 13:05 | Asar 16:21 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2009

ASAS TAJWID

[Event has ended]
Sat, 9 March 2019, 7:30 PM - 9:30 PM | Malay
116 Changi Road, WIS@Changi
Markaz At-tibyan Services

Kursus ini membincangkan Ilmu Tajwid secara umum dan kepentingannya dalam membaca al-Quran dengan
betul. Kursus ini merangkumi asas-asas hukum Tajwid bermula daripada Bab al-Basmalah dan al-Isti'azah
diikuti dengan Hukum Nun dan Mim Mati, Hukum Mad dan Jenis-jenisnya, Makhraj dan Sifat Huruf, Waqaf
dan Ibtida' dan diakhiri dengan bacaan-bacaan khas bagi Riwayat Hafs daripada Ust Zamri. Antara objektif
kursus ini ialah untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang hukum tajwid dan pengamalannya. 

Details

mengandungi penjelasan mengenai latar belakang ilmu tajwid dari sudut definisi, sejarah,
pembahagiannya, serta hukum mempelajarinya. Turut dijelaskan di dalam unit ini ialah dalil-dalil membaca
al-Quran, jenis-jenis kesalahan ketika membaca al-Quran 

mengandungi penjelasan mengenai al-Isti'azah dan al-Basmalah dari sudut definisi, sighahnya,
permasalahannya dan perbezaan di antara kedua-duanya. Turut diberi penekanan menerusi unit ini ialah
hukum-hukum yang berkaitan dengan al-Isti'azah dan al-Basmalah. 

 mengandungi penjelasan mengenai Nun Sakinah, Tanwin dan Mim Sakinah dari sudut definisi,
hukum-hukum bacaan dan perbezaan yang terdapat di antara ketiga-tiganya. Selain itu, penjelasan turut
diberi mengenai hukum Nun dan Mim yang bersabdu serta cara bacaannnya. 

 menghuraikan jenis-jenis mad yang terdapat di dalam bacaan al-Quran. Setiap jenis mad
dijelaskan dengan definisi serta sebab-sebab terjadinya mad berikut. Turut diterapkan di dalam unit ini ialah
martabat-martabat mad serta kaedah membezakan antara satu mad dengan mad yang lain menerusi contohcontoh daripada al-Quran.

memberikan penjelasan mengenai makhraj atau tempat keluar suara dan huruf-huruf hija'iyyah
dari sudut definisi dan pembahagiannya. Di samping itu, turut diberikan perincian makhraj khas dan umum
bagi setiap huruf agar setiap huruf yang disebut dapat dikenalpasti dan dilantunkan dengan tepat. Turut
disertakan gelaran yang diberi kepada setiap huruf menurut pandangan ulama-ulama tajwid. 

mengandungi penjelasan secara terperinci mengenai sifat-sifat yang dimiliki oleh huruf-huruf
hija'iyyah. Bermula dengan definisi, faedah mempelajarinya dan pembahagiaannya dan diakhiri dengan rajahrajah yang menjelaskan sifat-sifat huruf bagi setiap huruf hija'iyyah. Sebagai penambahan, pandangan para
ulama berkenaan jumlah sifat huruf turut diperbahaskan.

Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Asas Tajwid (B.Melayu )

Setiap Hari Sabtu 
Masa: 7:30mlm - 9.30mlm

Yuran : $60 utk 3 sesi 
Harga Buku : $10.00 
Pendaftaran : $12.00

Pembayaran melalui pemindahan akaun 
DBS current 072-002006-5

Atau bayaran tunai di pejabat kami. 
WIS@Changi, 116 Changi Rd #02-03 
Singapore 419718

Sila whatsapp foto resit anda ke 98671569

Jazakumullahu khairan kathiran

Location

116 Changi Road, WIS@Changi

116 Changi Road #03-13 WIS@Changi, Singapore 419718

Organisers

Markaz At-tibyan Services

Comments



Our platforms